
Oleh Augustine Leeroy Garet
KOTA PADAWAN — Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah diadakan di SK St Francis Xavier, Kampung Seratau, baru-baru ini.
Ia dirasmikan oleh Paderi Paroki dan Rektor Gereja St Ann Kota Padawan, Friar Don Don Romero Ramerez, OFM yang turut menyampaikan hadiah kepada para murid.
SK St Francis Xavier di Kampung Seratau merupakan satu daripada sembilan sekolah mubaligh dalam Keuskupan Agung Kuching yang berada di bawah naungan dan pengawasan Paroki St Ann. Kerjasama ini diharapkan dapat membantu sekolah tersebut dari segi pembangunan sekolah dan pendidikan pelajar.