Lenten Rekoleksi untuk belia St Ann

Fr Don Don Ramerez, OFM dan belia St Ann

Oleh Fr Don Don Ramerez, OFM

KOTA PADAWAN — Pada 22 Februari 2020 (Sabtu), PYM St Ann telah mengadakan Lenten Recollection di Mount Singai, Bau. 

Seramai lebih kurang 650 belia dan juga umat mengambil bahagian pada hari tersebut. Walaupun cuaca pada hari itu hujan, namun tidak mematahkan semangat para belia untuk naik ke puncak dan menjalankan aktiviti yang dirancangkan. 

Faith Youth Music ministry telah memimpin ‘sing-along’ sepanjang perjalanan program pada hari tersebut, selain daripada itu belia KAYA28 juga turut mengambil bahagian. 

Misa Kudus telah dirayakan oleh Friar Don Don Ramerez pada jam lebih kurang 11.30 pagi. Selesai Misa Kudus para peserta masing-masing berkumpul makan tengah hari dengan bekal yang telah dibawa sendiri. 

Pada jam lebih kurang 3.30 petang, belia dan umat mulai turun dari Mount Singai dan balik ke destinasi masing-masing. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.