Legasi Kardinal pertama Malaysia untuk generasi muda

KUALA LUMPUR — Legasi kardinal pertama Malaysia yang bersejarah telah dihimpun dan ditulis dalam sebuah buku bertajuk, The Cardinal: The Life and Times of His Eminence Anthony Soter Cardinal Fernandez. Projek itu diterajui oleh E. Samson, bersama tim editorial yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja rapat dengan Kardinal Soter.

“Sebagai pemimpin Gereja, orientasi visi pastoral Kardinal Soter bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini. Beliau berpenglihatan yang begitu jauh, luas dan holistik. Fokusnya bukan satu sebaliknya beliau mempunyai banyak perkara yang membina Gereja,” kata Samson, pengarah kepada buku tersebut dalam majlis pelancaran pada 31 Mac, 2022, di Sekolah Antarabangsa Stella Maris di Damansara.

Meskipun terkilan kerana Kardinal tidak dapat melihat buku itu, Samson bersyukur kerana sempat membaca beberapa bab buku tersebut kepada Kardinal Soter yang kemudiannya diperbetulkan semula. Buku ini menyampaikan rasa hormat dan kenangan daripada golongan muda dan tua, menampilkan individu dari semua lapisan masyarakat dan pelbagai agama, di mana kehidupan mereka telah disentuh oleh Kardinal dalam aneka cara.

Samson mengungkapkan kesyukuran kerana buku itu akhirnya dapat diterbitkan dan mengungkapkan penghargaan kepada para penyumbang maklumat pada buku tersebut iaitu Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung CCM; Bro Augustin Julian, FSC dan Brig Jen(Rtd) Dato’ Richard Robless, Pengerusi Majlis Pengarah, Yayasan Tan Sri Dominic Vendargon.

Pelancaran buku itu dimulakan dengan doa pembukaan oleh Fr Dr Clarence Devadass, Pengarah Pusat Penyelidikan Katolik, yang melahirkan rasa syukur di atas kehidupan Kardinal Soter yang menyentuh hati ramai orang serta meninggalkan warisan yang abadi.

Dato’ Richard, dalam ucapannya mengatakan inspirasi dan legasi Kardinal Soter yang menjadi pendorong di sebalik pembentukan kumpulan sekolah Stella Maris.

“Pada tahun 1987, Uskup Agung Soter (ketika itu) telah mengadakan persidangan di kalangan pendidik Katolik, religius dan orang awam, di Konven Infant Jesus di Cheras, untuk membincangkan situasi dan keadaan tentang sekolah mision Kristian, dan untuk memahami misi dan aksi Gereja terhadap perubahan dan cabaran yang sedang berlaku. Persidangan itu membentuk Majlis Pendidikan Katolik Malaysia dan, seterusnya, menghasilkan pendidikan swasta di Keuskupan Agung KL.

“Sekolah Stella Maris yang pertama dibuka pada 1994 di Jalan Robertson, Pudu. Sambutan terhadap sekolah pertama ini sangat menggalakkan dan mendorong Uskup Agung Soter memulakan penubuhan Yayasan Tan Sri Dominic Vendargon untuk menyelia

dan menempatkan semua hal berkaitan pendidikan swasta di bawah satu bumbung. Pada hari ini, Yayasan Tan Sri Dominic mengendalikan empat buah sekolah swasta, termasuk satu yang menawarkan kurikulum antarabangsa.

“Keempat-empat sekolah berdiri melahirkan ramai cendiakawan. Inilah legasi hebat Kardinal Soter. Meskipun dia telah tiada, kita melihat apa yang dia tinggalkan dan kita bersyukur serta berterima kasih kepada Tuhan untuk hamba-Nya yang hebat dan setia itu.”

Uskup Agung Julian Leow berharap buku itu akan menjadi legasi bersejarah bagi generasi muda, dan bagi mereka yang tidak berpeluang mengenali Kardinal Soter. Kardinal Soter meninggal dunia pada 28 Okt 2020, pada usia 88 tahun. Katanya, Legasinya tidak mati tetapi terus bertumbuh dan mekar!

Buku Kardinal Soter, berkulit tebal diterbitkan oleh Catholic Research Centre (CRC) dan dijual pada harga RM30. Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi CRC di 03-20266472 atau e-mel: publication@crc.org.my.

Herald Malaysia Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.