Latihan pelayan altar zon Batang Samarahan

Oleh Kelvince Del

SERIAN — Pada Minggu Pertama Adven tahun lepas, pelayan altar Gereja Katolik St Theresa Serian telah mengadakan satu lagi Bengkel Pelayan Altar di Kampung Bintawa Lama di sini. 

Seramai 60 orang peserta mengikuti program tersebut.

Program pada kali ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para peserta.

Program dimulai dengan acara ice-breaking yang dijalankan oleh Youth dari Gereja Katolik St John Bosco, Bintawa Lama. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah yang pertama dan seterusnya berakhir dengan Misa Kudus yang dijalankan oleh Fr Robert Jissem pada pukul 12:30 tengah hari dan makan tengah hari.

Penceramah pertama adalah Alvenloon yang menyampaikan ceramah mengenai kelayakan untuk menjadi pelayan altar selain tentang barang yang digunakan semasa Misa oleh pelayan altar dan juga paderi. 

Penceramah kedua pula adalah Kelvince Del David yang menceritakan tentang perjalanan Misa Kudus dan apa yang berlaku semasa Misa Kudus. 

Penceramah ketiga adalah Vincent Christopher yang berkongsi tentang tatacara pelayan altar semasa Misa Kudus.

Program seperti ini mendapat sambutan yang baik kerana ceramah yang disampaikan sangat menarik, bahkan umat lain selain peserta juga mendapat faedah daripada program seperti ini, terutamanya daripada ceramah kedua ‘Kenalilah Misa Kudus’. 

Mereka dapat mempelajari tatacara Misa Kudus, contohnya apa yang harus umat lakukan ketika doa Bapa Kami, membuat tanda salib selepas menerima komuni dan sebagainya. 

Program ini akan diadakan lagi di Kampung Triboh di sini pada 27 Januari ini. 

Pope Francis pernah mengatakan “menjadi seorang pelayan altar adalah sebuah panggilan untuk berdoa dan misi”. 

Semoga semua pelayan altar di dunia ini tetap setia dengan panggilan mereka sebagai pelayan dan tetap bertumbuh di dalam iman kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai contoh, dan menjadi teladan kepada umat Katolik lain di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.