Oleh Jessica Ruja Anak Raphael
SARATOK — Pada 17 Disember 2022, seramai lapan orang kanak-kanak, yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan, telah menerima Komuni Kudus Pertama di Gereja Katolik St Ignatius, Saratok.
Program bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi temu janji Fr Henry Jimbey bersama semua peserta. Pada jam 4.00 petang, semua anak mempersiapkan diri untuk membuat pengakuan dosa sebelum menerima Komuni Kudus Pertama.
Perayaan Misa Komuni Kudus Pertama dirayakan oleh Fr Henry pada jam 6.00 petang yang turut dihadiri umat lain.
Sementara itu, Sakramen Pembaptisan kepada seorang peserta perempuan turut dijalankan dalam Misa tersebut. Program ini kemudian disusuli dengan sesi bergambar bersama semua peserta sebagai kenangan.