Kursus Praperkahwinan di Gereja Holy Family Betong

BINA KELUARGA BAHAGIA … Semua pasangan bersama Fr Henry Jimbey (barisan depan, dua kanan) setelah selesai program. (Foto: Caroline Chadom)

Oleh Caroline Chadom

BETONG — Pada 11 Februari lalu, sembilan pasangan dari pelbagai zon telah menghadiri Kursus Praperkahwinan yang julung kali diadakan di Gereja Katolik Holy Family di sini.

Semua pasangan terbabit datang dari Zon Betong, Zon Engkilili, Zon Skrang dan Zon Sri Aman.

‘The Two Will Become One Flesh’ (Markus 10:8) merupakan tema bagi Kursus Praperkahwinan pada kali ini.

Program bermula tepat jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta, dan diakhiri dengan pemberian sijil kursus pada jam 4.15 petang.

Penceramah pada kursus kali ini adalah Fr Henry Jimbey, John Castello Tegong, Lenny, Lionel Nyanau, Christina Churai dan Leo Dennis Maling.

Mereka umumnya memberikan penekanan kepada ajaran Gereja Katolik mengenai Sakramen Perkahwinan.

BINA KELUARGA BAHAGIA … Semua pasangan bersama Fr Henry Jimbey (barisan depan, dua kanan) setelah selesai program. (Foto: Caroline Chadom)

Peserta diharapkan dapat menimba ilmu serta membina mahligai yang indah di mata Tuhan dengan meneladani Keluarga Kudus dari Nazaret.

Kursus seperti ini juga diharapkan mendapat galakan dan sokongan daripada umat terutama sekali mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Program ini diakhiri dengan doa penutup oleh Pengerusi Ministri Keluarga, Christina Churai, dan diteruskan dengan sesi penyampaian sijil serta love gift kepada penceramah jemputan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.