Kuiz Al-Kitab sempena Bulan Al-Kitab di Paroki Sacred Heart Kota Sentosa

AKU JAWAB… Sesi Kuiz dalam bahasa Mandarin. (Gambar: Multimedia SHC)

Oleh Paroki Sacred Heart

KOTA SENTOSA — Pada 28 Julai lalu, dari 7.30 pagi hingga 10.00 pagi, Kuiz Al-Kitab telah diadakan di Dewan No. 2 SJK Sam Hap Hin di Kota Sentosa.

Ia dianjurkan oleh Paroki Sacred Heart melalui Jawatankuasa Pembentukan Iman, dengan kerjasama guru Sekolah Minggu dari Sam Hap Hin dan enam buah kampung di bawah paroki tersebut.

Tema Kuiz Al-Kitab ini adalah ‘Friendly Bible’ (Al-Kitab Mesra). 

Program ini dianjur untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan anak-anak agar rajin membaca Al-Kitab dan merenungkan Firman Tuhan di dalam kehidupan mereka setiap hari.

Seramai 139 peserta, termasuk tiga dari kelas khas, telah mengikuti pertandingan ini.

Kuiz Al-Kitab terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kategori pertama bagi kanak-kanak berumur tujuh  hingga sembilan tahun, kategori kedua berumur 10 hingga 13 tahun manakala kategori ketiga berumur 14 tahun dan ke atas.

Sebelum sesi kuiz tersebut dimulakan, paderi paroki dan rektor Gereja Sacred Heart, Fr Felix Au telah melakukan pemberkatan bangunan Sekolah Sam Hap Hin di Kota Sentosa.

Doa pembukaan dan pemberkatan bangunan sekolah oleh Fr Felix Au.

Dalam ucapannya, Fr Felix menyatakan bahawa Kuiz Al-Kitab ini merupakan program yang julung kali diadakan di parokinya sempena Bulan Al-Kitab pada Julai lalu. 

“Di samping itu juga, program ini dianjurkan untuk menggalak anak-anak supaya sentiasa membaca Al-Kitab dan mengetahui perjalanan kehidupan sebagai umat Katolik,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa program ini akan diteruskan pada masa akan datang. 

Kuiz Al-Kitab ini merupakan program di bawah kelolaan Sister Susan dengan kerjasama semua guru Sekolah Minggu. 

Pertandingan kuiz ini diadakan serentak dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Melayu dan Cina.

Ia dihadiri seramai 300 kanak-kanak Sekolah Minggu di bawah Paroki Sacred Heart Kota Sentosa, termasuk peserta pertandingan. 

SUCI… Pelajar Sekolah Minggu memberi sokongan kepada rakan yang menyertai pertandingan.

Pihak penganjur turut mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan galakan yang diberikan oleh ibu bapa.

Mereka sudi menghantar anak-anak mereka untuk menjayakan Kuiz Al-Kitab yang julung kali dianjurkan di Paroki Sacred Heart Kota Sentosa bagi tahun 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.