‘Kuching Secular Carmelites’ mengejar kesempurnaan injili

Anggota Karmelit Sekular di acara Pemakaian dan Penerimaan Janji Sementara mereka yang dikendalikan oleh Fr Ramon Borja, SDB di Chapel Karmelit pada 19 Februari 2022. (Foto: OCDS)

Oleh Cynthia Lim, OCDS

KUCHING — Ahli-ahli majlis Komuniti OCDS (Secular Order of Discalced Carmelites) Kristus Raja, iaitu Catherine Sim (Presiden) dan Ahli-Ahli Majlis, Juliana Lim (Pertama), Annie Yeo (Kedua), Monica Soon (Ketiga) serta Cynthia Lim (Pengarah Pembentukan), telah melakukan kunjungan hormat kepada Uskup Agung Simon Poh pada 8 Februari 2022, jam 3.00 tengah hari, di Bilik Mesyuarat ACCPC.

Majlis OCDS memberi taklimat kepada Uskup Agung Simon tentang keahlian dan aktiviti komuniti mereka.

Ahli-ahli Majlis OCDS melakukan kunjungan hormat kepada Uskup Agung Kuching, Simon Poh, pada 8 Februari 2022. (Foto: OCDS)

Komuniti OCDS Kristus Raja mengadakan acara Pemakaian dan Penerimaan Janji Sementara bagi Ahli-Ahli Sekular mereka yang dikendalikan oleh Fr Ramon Borja, SDB pada 19 Februari 2022, pada Misa Senja jam 6.00 petang di Chapel Karmelit Kuching.

Pembantu Rohani komuniti tersebut, Fr Christopher Loh (OCD), dengan kebenaran daripada Uskup Agung Simon, telah menyerahkan tugas untuk merasmikan acara itu kepada Fr Ramon, yang merupakan Penasihat Rohani yang berpangkalan di paroki bagi komuniti itu.

Calon-calon OCDS yang membuat Janji Sementara, untuk menjurus ke arah kesempurnaan injili menurut semangat nilai-nilai injili iaitu kesucian, kemiskinan dan kepatuhan, dan nilai-nilai Kebahagiaan (Beatitudes), menurut Perlembagaan OCDS selama tiga tahun adalah Jerome Lim, Robert Lim dan Theresa Voon.

Novis-novis baharu yang dipakaikan dengan skapular, iaitu habit kumpulan Karmelit, adalah Laurena Liew, Christina Chin, Chelsia Lim dan Joseph Loi.

Mereka yang berminat untuk mengemukakan pertanyaan tentang Kehidupan Karmelit (Friar, Rahib, Sekular) boleh menghubungi Catherine Sim di talian 012-8866514.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Secular Carmelites push on towards evangelical perfection

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.