Komuniti Neokatekumen meraikan ulang tahun ke-40

Paderi Paul Lo memimpin perayaan Ekaristi untuk Komuniti Pertama Jalan Neokatekumen di SHC pada 6 September 2020, sambil mematuhi SOP, seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial. (Foto: Catholic Sabah)

Oleh Joe Leong

KOTA KINABALU — Tahun ini, 2020, menandakan tahun ke-40 bagi kewujudan Jalan Neokatekumen di Malaysia. Komuniti neokatekumen pertama ditubuhkan pada 7 September 1980 di paroki Katedral Hati Kudus (SHC) ketika mendiang Paderi Tobias Chi menjadi Rektor.

Uskup Simon Fung merupakan uskup pertama untuk membuka pinu bagi penubuhan komuniti ini di Malaysia. Sejak 40 tahun lalu, jumlah komuniti sudah berkembang kepada 43 pada keseluruhannya di Keuskupan Agung Kota KInabalu, Keuskupan Sandakan, dan Keuskupan Sibu di Sarawak.

Paderi Paul Lo, selaku rektor paroki SHC, merayakan Ekaristi bersama Komuniti Pertama bagi Jalan Neokatekumen untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-40 di Malaysia pada Ahad 6 September 2020.

Turut merayakan Misa bersamanya adalah tiga orang paderi lain: Paderi Saimon Williams, seorang penolong paderi paroki di SHC; Paderi Joshua Liew, yang sedang cuti belajar; dan Paderi Tony Mojiwat yang kini melayani di Paroki St Pius X, Bundu Tuhan. 

Komuniti itu telah menghasilkan sebuah buku cenderamata kecil untuk menandakan peristiwa ini, di mana mereka merekodkan sejarah ringkas bagi Jalan Neokatekumen di negara ini. 

Pada awal tahun 1980an, katekesis diberikan di paroki SHC di Kota Kinabalu, Gereja Stella Maris di Tanjung Aru, Gereja St Paul di Dontozidon, Gereja St Thomas di Kepayan, Gereja St John di Tuaran, dan Gereja St Mary di Sandakan.

Buku kecil itu menceritakan tentang lawatan pemula Jalan, Kiko Arguello dan Carmen Hernadez bersama Paderi Mario Pezzi pada 1996 dan sekali lagi pada 2002 sempena Persidangan Uskup-uskup Asia pada April tahun itu.

Perhimpunan 374 orang peserta, termasuk uskup, paderi, katekis dan keluarga dalam misi dari negara-negara Asia, dianjurkan oleh Keuskupan Kota Kinabalu.

Uskup John Lee, sebagai ketua keuskupan, berkata dalam ucapan alu-aluannya pada hari pertama mesyuarat uskup-uskup bahawa Gereja di Asia sedang bergerak ke dalam “cara baharu untuk menjadi Gereja”.

Beliau menambah perjalanan bersama dalam komuniti kecil nampak seperti matlamat pastoral yang sama.

Buku kecil berkenaan turut menceritakan bagaimana Uskup Agung John Wong mengutuskan kira-kira 120 orang lelaki dan wanita, paderi dan umat awam, dari komuniti neokatekumen di Sabah dan Sarawak untuk menjalankan misi berpasngan bagi mengumumkan Injil tanpa wang, telefon bimbit, atau salinan pakaian pada Julai 2017.

Selepas Ekaristi di pusat paroki SHC, komuniti itu meneruskan sambutan bagi ulangan tahun ke-40 mereka dengan bankuet di sebuah restoran tempatan.

Catholic Sabah (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Neocatechumenal Communities celebrate 40th anniversary

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.