“Kisah kami dengan COVID-19 yang berbahaya”

YA, KELUAR DARI ICU

Hampir tengah malam pada Sabtu 15 Mei, selepas lebih dua minggu di HDU dan ICU dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, saya telah ditolak ke wad COVID-19 umum (Katil 13A), di mana Marina dan saya kali terakhir melihat satu sama lain. Dalam keadaan mental yang masih di antara realiti dan mimpi, saya sebenarnya berada dalam keadaan yang bingung.

Selepas dua minggu dalam ICU tanpa mandi atau mengelap diri dengan baik, saya terdesak untuk mencuci diri dengan baik, dan pada keesokan harinya, saya merayu kepada doktor untuk menanggalkan kateter dan tali ‘hook’ yang dipasang pada bahagian dalaman paha saya. Selepas mengesahkan bahawa ini tidak diperlukan lagi, ia telah ditanggalkan untuk membolehkan saya bergerak dengan lebih senang, mandi dengan baik, dan merasa seperti seseorang yang sempurna sekali lagi.

Kebanyakan waktu ketika saya terpaksa mengheret diri ke tandas setiap hari, ia ternyata sedikit menyusahkan tetapi membuatkan saya rasa normal semula. Saya mendesak diri terlalu jauh pada petang kedua tanpa menyedari bahawa tahap oksigen darah saya masih rendah. Ketika saya hendak pergi ke tandas, saya hilang imbangan ketika saya turun dari katil dan terjatuh di atas lantai tidak jauh dari katil jiran saya. Nasib baik, saya tidak terhantuk tetapi masih dapat berdiri. Iktibar yang dipelajari, saya hanya perlu bergerak dengan lebih perlahan.

RAKAN MAYA

Perkara terbaik selepas saya keluar dari ICU dan dapat membezakan realiti daripada mimpi ialah saya akhirnya dapat berhubung dengan Marina semula, walaupun ia hanya secara maya sahaja menerusi Panggilan Video WhatsApp. Menerusi komunikasi kami yang kerap, saya dapat memikirkan semula apa yang tulen dan apa yang sekadar imaginasi saya akibat pengambilan berbagai jenis ubat, yang diburukkan lagi oleh tekanan mental disebabkan oleh ketakutan dan kebimbangan selepas dijangkiti COVID-19 dan mengalami kesannya yang terburuk. Ini sesungguhnya bahagian yang penting dalam proses pemulihan saya.

BERAPA LAMA LAGI?

Selepas saya berada di hospital selama hampir tiga minggu, saya berharap ia tidak akan lebih daripada beberapa hari lagi atau paling lama seminggu lagi sebelum saya dibenarkan pulang untuk memulihkan diri di rumah bersama Marina. Harapan saya pudar apabila doktor pakar utama yang bertanggungjawab ke atas kes saya di wad COVID-19 menjelaskan bahawa saya mungkin perlu ditahan di hospital selama 10 hari hingga dua minggu lagi untuk membolehkan mereka memastikan kesihatan saya pada keseluruhannya adalah cukup baik bagi mereka untuk membenarkan saya pulang dari hospital. Ketepuan oksigen dalam darah saya masih teruk, jadi saya masih memerlukan bantuan oksigen, dan ujian darah yang banyak menunjukkan kewujudan virus di dalam sistem badan mungkin telah disebabkan oleh tali yang banyak dipasang pada saya ketika di ICU.

Ini amat menghampakan bagi saya, terutamanya ketika saya masih berada dalam wad COVID-19 di mana pesakit baharu sentiasa dimasukkan pada setiap masa, baik siang mahupun malam. Dengan pesakit yang batuk, termengah-mengah, dan merungut selain rawatan dan pemeriksaan yang dibuat oleh jururawat, tidur nyenyak hampir mustahil. Apabila saya rasa lebih sihat hari demi hari dan keputusan saringan sentiasa bertambah baik, saya sudah tentulah menjadi tidak begitu penting jika dibandingkan dengan pesakit baharu yang memerlukan penjagaan lebih segera. Saya amat bersyukur apabila mereka pada akhirnya memindahkan saya ke Katil 24 dalam bilik mereka yang bersih (di mana pesakit COVID-19 yang pulih ditempatkan) pada 21 Mei.

WAD BEBAS COVID-­19 UNTUK MEMBASMI VIRUS

Saya telah dipindahkan ke Wad Perubatan 3 (Katil 1) di tingkat 9 pada jam 1.00 pagi Sabtu 22 Mei, dan rasa lebih selesa pada waktu subuh berikutnya apabila saya dikunjungi sekurang-kurangnya tiga doktor termasuk doktor pakar yang dapat menjelaskan keadaan saya yang mereka cuba rawat dan memberi garis masa yang lebih sewajarnya, dan saya pun terima dengan gembira.

Selepas dua malam lagi dalam wad umum, saya dipindahkan ke Katil 30, sebuah bilik dua katil berhawa dingin dengan bilik mandi dan tandas pada Isnin 24 Mei, dan ini membawa perbezaan yang besar. Akhirnya, kemudahan peribadi di mana saya dapat menjaga sanitasi dan rasa lebih selesa. Saya keseorangan dalam bilik ini selama empat malam kerana doktor pakar yang mengambil alih kes saya ingin mengasingkan saya disebabkan oleh virus yang mereka cuba buang dari badan saya. Dalam tempoh ini, saya dapat tidur dengan lebih nyenyak dan dapat ditemani Marina secara maya menerusi Panggilan Video WhatsApp setiap hari, satu keberkatan dari Tuhan.

Doktor pakar berkenaan dan doktor lain yang membantunya sangat teliti sekali dalam pemeriksaan harian mereka, mengambil ujian darah bila perlu, memantau tekanan darah, tahap oksigen dan juga tahap gula darah saya setiap hari, dan perlahan-lahan mengurangkan ubat-ubatan selepas pemeriksaan menunjukkan isu khusus itu sudah bertambah baik. Setelah itu mereka hanya memberi tumpuan yang lebih kepada antibiotik intravena untuk menyahkan kuman darah. Dengan itu, mereka dapat menetapkan tarikh secara positif untuk saya akhirnya dapat pulang, sesuatu yang amat menenangkan.

RUMAH KAMI, SYURGA KAMI

Pada awal pagi 28 Mei 2021, doktor pakar memastikan saya siap sedia untuk keluar dari hospital dengan menyediakan semua kertas kerja dan ubat-ubatan dengan amat baik sekali.

Dia menunaikan janji mengenai hadiah harijadi kepada Marina dengan memastikan saya pulang ke rumah bagi meraikan harijadinya yang ke-55 pada 1 Jun.

Terima kasih kami yang tulus ikhlas kepadanya dan rakan-rakannya, dedikasi dan kerja mereka yang teliti membuatkan kedua-dua kami rasa begitu bangga untuk memiliki barisan perubatan hadapan yang muda, berpengetahuan, dinamik dan tidak mengenal erti lelah di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Maka pada Jumaat, 28 Mei, jam 9.00 pagi, selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat, dan mendapatkan kertas discaj di kaunter hadapan, dengan dua beg saya yang kecil, saya berjalan keluar dari Wad Perubatan 3 untuk menamatkan tempoh 30 hari yang paling mencabar dalam hidup saya.

Saya teruja untuk mengambil-alih stereng daripada pemandu berkaki sebelah yang saya sayangi apabila dia tiba. Ia rasa membebaskan untuk memandu semula dan memiliki kebebasan untuk bergerak, perkara kecil yang kita ambil mudah selama ini.

Dengan mengambil laluan yang jauh ke rumah, saya amat bersyukur kepada Tuhan Maha Besar dan teruja sekali berada di mana saya berada dan keluar daripada pengalaman yang mengancam nyawa ini dengan positif.

CATATAN TERAKHIR

Hari ini adalah Sabtu, 12 Jun, dan saya sudah berada di rumah selama dua minggu. Mula tidur nyenyak selepas hari ketiga berada di rumah dan sekarang berehat dengan baik. Terus aktif dengan bersenam, membuat kerja di rumah, dan memasak yang diselit dengan waktu rehat di depan TV atau melayari internet dalam komputer.

Saya juga memasukkan senaman fungsi paru-paru dengan alat Incentive Spirometer, dan ‘mee see’ (jururawat) saya di rumah telah memeriksa dengan konsisten tahap konsentrasi oksigen menggunakan alat Oximeter yang kini sentiasa bagus pada tahap 98 peratus dan ke atas.

Apa yang memeranjatkannya ialah kadar degupan jantung saya ketika berehat adalah rendah di atara 55 hingga 75 degupan seminit, soalan sama yang ditanya oleh ramai doktor di hospital.

Pihak hospital menjalankan ‘echocardiogram’ selain banyak saringan lain ke atas kami pada 28 Jun ketika kami mengadakan temu janji susulan untuk mengetahui kemajuan dalam pemulihan kami.

Pada amnya, saya rasa sihat walaupun saya menjadi letih dengan agak mudah selepas aktiviti fizikal dan ini kemungkinan besar disebabkan oleh kekurangan oksigen dan kelemahan umum disebabkan oleh ketidakaktifan bagi jangka waktu yang lama.

Saya akan mula berjalan-jalan di dalam zon selesa saya tidak lama lagi dan melangkah dari sana. Saya berharap kami akan kembali menunggang basikal tidak lama lagi apabila situasi dan keadaan kecergasan mengizinkan.

Saya kini mengambil ubat pada tahap minimum: Dabigatran untuk menipiskan darah bagi memudahkan pemulihan tisu paru-paru, Atorvastatin untuk kolesterol, dan Azore saya yang biasa untuk tekanan darah.

Turut mengiringi semua ini, saya juga mengambil beberapa penawar herba Cina untuk membantu fungsi paru-paru.

Kesempatan untuk pulih di rumah amat menyenangkan sekali apatah lagi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Selepas mengalami apa yang kami lalui, dapat bergerak dan menikmati sedikit kegiatan biasa dengan kerja rumah dan memasak adalah satu keberkatan, kami benar-benar lebih daripada gembira untuk duduk di rumah.

IKTIBAR

Selepas mengalami jangkitan COVID-19 yang terburuk, kami merasakan bahawa ia adalah penting bagi kami untuk tidak sekadar menceritakan pengalaman kami tetapi juga memberikan beberapa saranan kepada semua orang yang kami kenali tentang cara terbaik untuk menangani norma kita yang baharu dengan pandemik ini dan selanjutnya.

Saya mengaitkan keupayaan saya untuk menangani dan pulih daripada pengalaman saya yang traumatik dengan COVID-19 khususnya dengan hakikat bahawa, dari segi fizikal, saya berada pada tahap kecergasan terbaik kerana selalu menunggang basikal gunung dan ‘hiking’ sejak setahun lalu.

Selepas melihat sendiri begitu banyak kes ketika kami berada di hospital, ini adalah beberapa iktibar yang kami dapat kongsikan dengan semua orang. Kami berharap ia dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang bebas COVID-19 dan jika anda dijangkiti virus ini, anda akan berada dalam leadaan yang terbaik untuk melawannya dan pulih dengan baik.

  1. Jaga kecergasan dengan kerap bersenam.
  2. Pelihara kesihatan yang baik dengan pemakanan berkhasiat dan kawal keadaan kesihatan yang sedia ada.
  3. Patuhilah SOP keselamatan seperti yang ditetapkan oleh organisasi seperti WHO, SDMC, dan lain-lain.
  4. Jika ada gejala COVID-19 muncul, kuarantin diri dengan segera, dapatkan saringan calitan dan maklumkan semua kontak rapat agar mereka juga mendapatkan saringan calitan. “Jangan Tunggu, Jangan Teka, Dapatkan Saringan.”
  5. Jika didapati positif COVID-­19, pergilah ke hospital dengan segera.
  6. Tanya, fahami dan bekerjasama sepenuhnya dalam semua protokol rawatan dengan doktor, dan kakitangan perubatan.
  7. Sentiasa berada dalam keadaan mental yang positif dan bersabar sepanjang masa.
  8. Fahamilah bahawa COVID-19 adalah virus yang amat memudaratkan, jadi pemulihan akan mengambil masa  dan usaha yang konsisten.
  9. DAPATKAN VAKSINASI UNTUK DIRI ANDA & KELUARGA YANG TERSAYANG DENGAN SECEPAT MUNGKIN!
  10. Sentiasa jalani gaya hidup COVID-19 yang selamat dengan memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan SOP lain.

PASUKAN COVID-19 KITA YANG MENYELAMATKAN NYAWA DI HUS

Sepanjang konfrontasi saya dengan COVID-19, pasukan perubatan HUS yang lengkap sentiasa ada untuk memastikan saya menerima penjagaan perubatan terbaik. Penjagaan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan doktor dan jururawat yang tidak mengenal erti penat lelah ini, yang sentiasa bersusah payah untuk memastikan setiap pesakit dijaga dengan baik sepanjang masa, sangat memberi inspirasi dan wajar menerima pujian kita yang tertinggi.

Kepada semua orang dalam seluruh pasukan, kami sangat terhutang budi kepada semua anda, kami mendoakan agar anda sentiasa diberkati dengan kesihatan yang amat baik dan kebahagiaan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua.

Di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 sekarang dan pelaksanaan PKP, kami merayu agar semua orang duduk di rumah dan mengelak kemudaratan, supaya kita tidak terlalu membebankan pasukan perubatan kita yang hebat dengan begitu banyak kes setiap hari.

Mereka sudah pun bekerja lebih masa dalam persekitaran dengan tekanan yang sangat tinggi. Marilah kita sama-sama memastikan kita tidak terlalu meletihkan mereka dengan kes yang bertambah banyak.

DIBERKATI DENGAN RAKAN-RAKAN YANG PENYAYANG DAN PRIHATIN

HUS kita adalah cemerlang denan pasukan kakitangan yang hebat dan dedikasi, dan memberikan penjagaan yang cemerlang kepada pesakit. Kami diberi makanan secukupnya dengan makanan seimbang tiga dan kadang-kadang empat kali sehari jika mereka menyajikan hidangan waktu minum teh.

Selalunya ada hidangan daging, biasanya daging ayam, dan hidangan sayur untuk disaji dengan nasi dan sehiris buah sebagai pencuci mulut. Walaupun jumlah hidang sedikit, ia cukup mengenyangkan kami setiap kali ia disajikan.

Bagaimanapun ketika kami berada di hospital, ia amat dipermudahkan oleh sekumpulan rakan penyayang dan prihatin yang bukan sahaja membeli tetapi juga memasak makanan yang hebat dan malah menugaskan individu tertentu untuk menghantarnya ke hospital kepada kami.

Terima kasih banyak-banyak semua (anda tahu siapa anda) di atas kasih sayang dan keprihatinan terhadap kedua-dua kami.

Kepada begitu ramai orang yang memanjatkan doa bagi pemulihan kami, kami amat tersentuh dan bersyukur dan berdoa agar Tuhan kita yang baik akan sentiasa memberkati anda dengan berlimpah-ruah.

Terima kasih dari lubuk hati kami. JAGA KESELAMATAN SEMUA DAN DAPATKAN VAKSINASI ANDA SECEPAT MUNGKIN!

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: “Our brush with the deadly COVID-19”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.