Keuskupan Miri ada dua paderi Katolik baharu

Uskup Miri Richard Ng (tengah) bersama dua paderi yang baharu ditahbis, Fr Henry Saleh (kanan uskup) dan Fr Ronald Jimmy (kiri uskup).

Oleh Stephen Then

MIRI — Populasi Katolik seramai 90,000 orang di Keuskupan Miri, utara Sarawak, mengalu-alukan dua orang paderi baharu pada Rabu, 30 Disember tahun lepas.

Diakon Henry Saleh dan Diakon Ronald Jimmy ditahbis menjadi paderi oleh Uskup Richard Ng sekitar waktu tengah hari, disaksikan oleh anggota keluarga dan paderi lain di Gereja St Dominic dan Rosari.

Upacara itu diadakan menurut prosedur operasi standard yang ketat bagi Covid-19, dengan kehadiran terhad.

Uskup Ng mengingatkan dua paderi baharu itu, kedua-duanya dalam lingkungan usia 30-an, untuk berbakti dengan setia kepada panggilan mereka melayani Allah dan Gereja.

“Anda dipanggil untuk melayani Allah dan Gereja serta umat-Nya.

“Setialah dalam mewartakan Injil dan dalam tugasan sakramental anda dan melayanilah dengan sukacita. Amalkan apa yang anda ajari,” katanya.

Mereka mesti berbakti sebagai gembala-gembala mengikut jejak Yesus Kristus, tambahnya.

Selepas pentahbisan mereka, Fr Henry dan Fr Ronald menyuarakan kesyukuran mereka kepada Allah di atas keberkatan untuk berbakti sebagai paderi.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Uskup Ng serta mentor dan anggota keluarga mereka kerana membantu mereka untuk mencapai kepaderian.

Mereka berjanji untuk melayani Gereja dengan setia.

Keuskupan Katolik Miri merangkumi seluruh bahagian utara Sarawak daripada bahagian paling utara dalam daerah Lawas hingga ke tempat terpencil dalam daerah Belaga.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Miri Diocese gets two new Catholic priests

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.