Kem Pelayan Altar (ASG’23)

Oleh John Deho

KOTA PADAWAN — Pelayan altar dari Katedral St Joseph, Kuching dan Paroki St Ann, Kota Padawan telah menganjurkan Kem Pelayan Altar (ASG‘23) yang berjaya menghimpunkan seramai 130 peserta. 

Kem tersebut diadakan pada 20 hingga 21 April yang lalu di Pusat St Lukas Kota Padawan, Batu 10, Kuching. 

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Serve, Not To Be Served’ bertepatan dengan objektif utama kem itu diadakan iaitu untuk membentuk pelayan altar agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ketika melayan di altar. 

Rekoleksi selama dua hari itu turut disertai Fr Ramon Borja SDB dan Friar David Au OFM.

Misa Kudus penutupan merupakan acara kemuncak pada hari terakhir yang dirayakan oleh Friar David. 

Dalam homilinya, beliau berharap agar para pelayan altar sentiasa melayani gereja dengan hati terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.