Keluarga ‘Discalced Carmelites’ : Pokok Anggur dengan Tiga Cabang

Oleh Fra George, OCD

Perkumpulan ‘Discalced Carmelites’ (OCD) merupakan sebuah perkumpulan religius Roman Katolik yang terdiri daripada tiga golongan yang menjalani bentuk kehidupan yang berbeza namun saling melengkapi: golongan biarawati, golongan friar, dan golongan sekular.

Ketiga-tiga cabang menjalani karisma kehidupan sama yang diabadikan kepada doa berterusan dan pencarian bagi kesatuan dengan Allah, dengan setiap cabang yang mempamerkan karisma dalam keadaan hidupnya yang khusus.

Ditubuhkan oleh Santa Teresa Yesus, dalam kolaborasi dengan Santo Yohanes Salib, ketiga-tiga cabang Carmel menghidupkan karisma masing-masing dalam kehidupan persaudaraan dan komuniti, yang menyalurkan buah-buah kontemplasi ke dalam kerja-kerja apostolik dan khidmat kepada Gereja dengan cara-caranya yang khusus dan unggul: golongan biarawan yang berdoa tanpa henti-henti dan menafi diri secara injili untuk melayani Kristus dan Gereja, golongan friar dalam kehidupan yang menggabungkan doa dengan kerasulan, dan golongan biasa yang memberikan komitmen kepada kehidupan keluarga, keberkatan membujang, dan pekerjaan.

Kunci asas kepada kehidupan Carmelite, baik religius mahupun sekular, adalah fahaman bahawa Allah hidup di dalam setiap manusia, dan Dia menginginkan persahabatan yang mendalam dan berkekalan dengan setiap daripada kita.

Maka itu kehidupan Carmelite adalah usaha yang berterusan untuk memupuk persahabatan ini dengan Tuhan yang sentiasa ada bagi kita, dan membiarkan kehadiran-Nya untuk menjadi sumber transformasi dan inspirasi di dalam kehidupan kita.

Untuk ini, golongan Carmelite boleh menyeru kepada “awan saksi-saksi” yang telah menemukan persahabatan Tuhan yang indah ini, dan telah diubah untuk menjadi sumber pembaharuan dan pertumbuhan rohani dalam Gereja.

Sekadar untuk menamakan beberapa saksi tersebut, mereka termasuk St Therese Yesus Kanak-kanak, St Raphael Kalinowski St Joseph, St Teresa Benedicta Salib, St Elizabeth Tritunggal, dan Blessed Josefa Naval Girbés.

PERKONGSIAN PANGGILAN OLEH SEORANG BIARAWATI CARMELITE

Sr Bernadette Kandungan Maha Suci OCD (nama sekular: Mary Tapus anak Ping), dari Kampung Kakai, Serian, dilahirkan pada April 1960.

Beliau memasuki Carmel di Kuching pada 1981.

Beliau membuat ikrar kaul yang sederhana pada 14 Disember 1983, dan kini sudah merayakan ikrar kaul religius selama 39 tahun di Carmel.

Walaupun dalam kehidupan beliau, beliau mengalami banyak penyakit dan menjalani banyak pembedahan, beliau tetap berdoa tanpa henti-henti dan menafikan diri secara injili dalam pelayanan kepada Kristus dan Gereja.

“Apabila saya mengalami kesakitan dan penderitaan, saya malah tidak dapat fokus dan terganggu, termasuk untuk menyebut doa Salam Maria! Saya hanya memanjatkan doa, penderitaan dan kesakitan saya dengan senyap (tanpa kata-kata) kepada Allah untuk semua orang.

Terima kasih di atas semua doa anda, dan saya juga mengingati anda dalam doa.” – Sister Bernadette, OCD

PERKONGSIAN PANGGILAN SEORANG FRIAR CARMELITE

Fra George Hati Kudus Yesus dan Hati Suci Maria, OCD (nama sekular: George Ho) dilahirkan di Tawau pada tahun 1986.

Beliau menyertai golongan friar Carmelite di Singapura pada 2012 dan seterusnya menjalankan pembentukan beliau di Seminari Utama Singapura, Taiwan, dan Rom.

Sebagai seorang diakon sekarang, beliau berpangkalan di Casa Theresia, Seremban, dan menjalani kehidupan yang menggabungkan doa dengan kerasulan.

“Anda kata, ‘Kita seharusnya kudus dan setia kepada karisma kita’. Ya, bagaimanapun saya ingin menambah sesuatu yang ‘radikal’ … Marilah kita menghidupkan karisma kita sepenuhnya, bukan hanya dengan ‘meniru’ kehidupan nenek moyang kita, tetapi juga dengan cara yang diinginkan oleh Allah bagi kita, dan hanya selepas itulah kita akan menghasilkan ‘buah-buah’ yang melimpah dan memperkayakan ‘perbendaharaan’ Perkumpulan kita dan Gereja.” – Fra George, OCD

PERKONGSIAN PANGGILAN SEORANG ANGGOTA SECULAR

Catherine Sim merupakan seorang daripada empat anggota pengasas Komuniti OCDS Kristus Raja di Kuching sejak 10 Mei 2000.

Selepas menerima Kristus dan fahaman Katolik, beliau dibaptis pada 27 Oktober 1977.

Selepas bergerak aktif selama 18 tahun dalam dunia karismatik (1977 hingga 1995), beliau memutuskan untuk menjalani kehidupan yang lebih kontemplatif pada 1995 selepas kematian mengejut bapanya yang tersayang.

Selepas membuat penilaian yang mendalam, beliau terus menjalani kehidupan yang sangat sederhana tanpa kemewahan, senyap, dan bersendirian selepas kematian ibu tersayang yang tidak dijangkakan pada 2000.

“Doa adalah satu perhubungan dengan Allah … kerap meluangkan masa untuk bersendirian bersama-Nya yang kita tahu mengasihi kita. Hati saya hanya rindu untuk bersendirian bersama Allah. Dalam segalanya yang saya lakukan, saya satukannya dalam doa bersama Allah. Bersendirian bersama Yesus menghiburkan dan menguatkan saya. Setiap hari, saya berusaha untuk berkembang dalam kekudusan menerusi pengasingan, kerendahan hati, dan kasih, tekun dengan keazaman yang kental.” – Catherine Sim, OCDS

Memandangkan pokok anggur Perkumpulan ‘Discalced Carmelites’ terdiri daripada tiga cabang utama yang berbeza, bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat pertanyaan di:

PERKUMPULAN BIARAWATI ‘DISCALCED CARMELITE‘ (BIARAWATI OCD)

Prioress (Ketua Biara): Mother Margaret Sto Joseph, OCD
Butir-butir Kontak: 118 Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak
Peti Surat No. 940, 93718 Kuching, Sarawak
Emel: carmelkuching118@gmail.com

PERKUMPULAN FRIAR ‘DISCALCED CARMELITE‘ (FRIAR OCD)

Butir-butir Kontak : Lot 3106, Jalan Murai 2, Taman Ideal, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Emel: carmelitefriars.my@gmail.com

PERKUMPULAN SECULAR ‘DISCALCED CARMELITE‘ (OCDS)

Presiden: Ms Catherine Sim, OCDS
Telefon: 012-886 6514

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: The Discalced Carmelite Family: A Vine with Three Branches

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.