Kelab Lions dan ministri GROWTH berbahagi sukacita

CERIA… Kegembiraan terpancar pada wajah peserta Parti Krismas GROWTH 2023. (Gambar: Kelab Lions Bandar Raya Kuching)

Oleh Komuniti GROWTH

KUCHING — Kelab Lions Bandar Raya Kuching dan ministri GROWTH (Grow With The Handicapped) yang berpusat di Katedral St Joseph mengadakan Parti Krismas tahunan mereka pada 16 Disember tahun lepas di Dewan Persidangan St John dan St Lucy di bangunan ACCPC.

Parti pada tahun ini ditaja oleh Kelab Lions Bandar Raya Kuching dengan bantuan Kelab Leo dari Sekolah Swasta St Joseph, SMK St Teresa dan SM Lodge. Ia dihadiri kira-kira 140 orang yang terdiri daripada anggota GROWTH bersama ahli keluarga mereka, penjaga, sukarelawan serta ahli-ahli Kelab Lions dan Kelab Leo.

Setiap tahun, anggota GROWTH menanti-nantikan acara tahunan itu dengan penuh harapan kerana ia adalah salah satu kesempatan yang sedia ada bagi mereka untuk membawa ahli keluarga mereka yang ada keperluan khas ke sebuah parti dan menikmati persaudaraan, terutamanya selepas tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

Parti bermula selepas Misa Kesyukuran pada jam 10.00 pagi yang dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh bersama Fr Nicholas Ng di Chapel Holy Family, ACCPC. Semua berhimpun di Dewan Persidangan untuk aktiviti selanjutnya. Seramai 26 anggota istimewa GROWTH menerima hadiah istimewa yang ditaja oleh Kelab Lions dan Kelab Leo.

KESYUKURAN… Uskup Agung Simon Poh merayakan Misa Kudus bersama Father Nicholas Ng di Chapel Holy Family. (Gambar: Mary Dau)
SERONOK… Satu permainan parti. (Gambar: Lions Club of Kuching City)

Naib Presiden Kelab Lions Bandar Raya Kuching, Datu Dr Zulklifli Jantan, hadir untuk menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak presiden, Matthew Pham. Pengerusi penganjur, Bekas Presiden Vincent Tan turut menyampaikan ucapan selain ucapan khas daripada Uskup Agung Simon. Ucapan terima kasih disampaikan oleh komuniti GROWTH kepada semua hadirin bagi pihak Naib Presiden GROWTH, Augustina Balan. Ia disusuli permainan, tarian dan nyanyian lagu Krismas.

Fr Stanley Goh, SJ menyertai parti kemudian dan memimpin doa sebelum makan. Semua hadirin disajikan dengan makanan tengah hari yang enak, dan acara diakhiri dengan cabutan tiket bertuah. Biskut Krismas khas dan bubur nasi dhal yang masing-masing dibuat sendiri oleh dua bekas presiden, Sheila Kho dan Datin Juriah, turut dihidangkan pada majlis tersebut. Parti itu menceriakan ramai anggota komuniti GROWTH.

GROWTH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota, keluarga, penjaga, sukarelawan, Kelab Lions Bandar Raya Kuching dan Kelab Leo dari Sekolah Swasta St Joseph, SMK St Teresa dan SM Lodge, selain mengucapkan Selamat Menyambut Krismas dan Tahun Baharu. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Lions Club and GROWTH Ministry spread Festive Cheer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.