Kelab Lions Bandaraya Kuching dan Kelab Leo meraikan Krismas dengan anggota GROWTH dan keluarga mereka

Santa Claus memberikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang, disaksikan oleh Lion Vincent Tan (di sebelah kiri) dan Josh John (di sebelah kanan). (Foto: Today’s Catholic)

Oleh Josh John

KUCHING — Kelab Lions Bandaraya Kuching, bersama Ministri GROWTH (Grow With The Handicapped), sebuah pelayanan di Katedral St Joseph, mengadakan Parti Krismas tahunan bersama pada 7 Disember lepas di Dewan Persidangan St John & St Lucy dalam bangunan ACCPC. 

Parti itu, yang ditaja oleh Kelab Lions Bandaraya Kuching dengan bantuan Kelab Leo S.M. Lodge, merupakan satu acara tahunan untuk meraikan perayaan tersebut dengan anggota komuniti kelainan upaya bersama ahli keluarga, penjaga dan sukarelawan.

Setiap tahun, anggota GROWTH yang mengalami pelbagai bentuk kelainan upaya menanti-nantikkan acara tahunan ini dengan penuh harapan. Keluarga mereka juga teruja kerana ia adalah salah satu peluang yang sangat sedikit bagi mereka untuk membawa anggota keluarga mereka dengan keperluan khas ke sebuah parti.

Misa Kudus dirayakan sebelum parti diadakan, oleh Father Ramon Borja, SDB, pada jam 10.30 pagi di Chapel Keluarga Kudus.

Kira-kira 100 orang memeriahkan parti berkenaan, termasuk kira-kira 30 anggota dari GROWTH. Anggota Kelan Leo memimpin peserta dan tetamu jemputan untuk menyanyikan lagu-lagu Krismas manakala Santa Calus muncul sambil membunyikan loceng dan membahagikan hadiah kepada semua hadirin. Permainan yang melibatkan anggota dan ahli keluarga turut diadakan.

Fr Ramon menyebut doa makan sebelum semua orang menikmati makanan tengah hari yang enak dan diatur oleh Kelab Lions Bandaraya Kuching.

Selepas makan tengah hari, cabutan bertuah telah dibuat dan ia amat menyeronokkan untuk melihat wajah gembira para pemenang.

Sebelum parti berakhir, Mantan Gabenor Daerah Kelab Lions Bandaraya Kuching, Tan Soh Har, membahagikan hadiah Krismas kepada semua anggota.

Selain anggota GROWTH, keluarga mereka dan ahli-ahli jawatankuasa yang diketuai Presiden GROWTH Josh John, acara turut dimeriahkan oleh 15 ahli Kelab Lions Bandaraya Kuching. Mereka diwakili Presiden Kelab Roger Ting, Pengerusi Penganjur, Mantan Presiden Vincent Tan, dan 12 anggota dari Kelab Leo S.M. Lodge.

GROWTH ingin mengucapkan terima kasih lepada semua anggota, keluarga, penjaga, sukarelawan, Kelab Lions Bandaraya Kuching dan Kelab Leo S.M. Lodge kerana menjayakan satu lagi parti pada tahun ini dan ingin mendoakan semua Selamat Menyambut Krismas yang diberkati dan gembira serta Selamat Tahun Baharu.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: LC of Kuching City and Leos bring Christmas joy to GROWTH members and their families

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.