Keharmonian agama: dasar bagi kemakmuran dan pembangunan negara

Uskup Agung Kuala Lumpur Julian Leow. (Foto: Keuskupan Agung Kuala Lumpur)

Oleh Ivy Chai

KUALA LUMPUR  Sebagai bantahan tambahan kepada kegagalan kerajaan pada hari ini untuk bertindak, semakin banyak majlis lain yang mewakili komuniti pelbagai agama di negara ini telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan tidak sensitif mengenai Al-Kitab oleh Ahli Parlimen (MP) PAS Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh di Sidang Parlimen tidak lama yang lalu.

Sila baca teks penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Agama-agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST).

MCCBCHST amat bimbang mengenai kontroversi yang menyelubungi kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh MP Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam Dewan Rakyat di Parlimen kita apabila beliau membuat perbandingan dengan agama Kristian, dan mengina umat Kristian dengan dakwaan bahawa mereka telah memutar-belit Al-Kitab berhubung tafsiran tentang penggunaan arak.

Ini merupakan sesuatu yang radikal dari segi dekorum dalam perbahasan Parlimen di negara kita yang komited kepada keharmonian agama di kalangan semua komuniti beragama di negara ini. Seorang MP telah memberi lesen kepada dirinya sendiri untuk mengkritik ajaran agama lain dalam Parlimen, tanpa teguran yang dijangkakan daripada Yang Berhormat Speaker Dewan. 

Ini adalah contoh yang bahaya dan ia sama sekali tidak dapat diterima oleh semua warga Malaysia dari semua agama yang cintakan keamanan. Parlimen adalah tempat untuk berbahas dengan bertanggungjawab dengan urus tadbir yang adil berdasarkan hujah rasional berdasarkan amalan terbaik dan selari dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini adalah norma baharu, ia akan membuka pintu bagi orang lain untuk melakukan perkara yang sama dan ia mungkin akan membawa kepada hujah tidak perlu yang boleh melagakan satu agama dengan agama lain, untuk digunakan oleh ahli politik bagi muslihat dan kepentingan politik mereka.

Kami di MCCCBSHT merasakan bahawa MP berkenaan telah melampaui batas kerana beliau telah memberikan pandangan yang stereotaip tentang agama lain. Jika amalan sekarang dibiarkan oleh kerajaan sekarang, kita sesungguhnya akan melihat kebencian di antara pelbagai kumpulan agama digunakan oleh segelintir ahli politik untuk merintah dengan memecah-belah rakyat.

Bagi pihak MCCBCHST, kami mahu menyatakan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tidak akan tunduk begitu rendah dan jatuh ke dalam perangkap membina kebencian dengan membiarkan segelintir ahli politik tidak bertanggungjawab untuk menuntut ketinggian moral dan agama dengan memburukkan agama-agama lain.

MCCBCHST berdiri bersama majoriti rakyat Malaysia yang muhibah dan menyatakan di sini bahawa kami tidak akan membiarkan ahli politik tertentu untuk merosakkan keharmonian agama yang kita sudah bina dan tegakkan selama 63 tahun. 

MCCBCHST menyeru kepada Perdana Menteri untuk memberikan kepimpinan moral dengan membuat kenyataan untuk melarang ahli politik daripada menggunakan agama untuk memecah-belah negara. Kebencian dalam perbincangan awam tidak harus menjadi kebiasaan.

Speaker Dewan juga memikul tanggungjawab bagi pihak semua warga Malaysia untuk tidak membenarkan ahli politik menyentuh perkara keagamaan selain agama mereka sendiri dalam perbahasan. Isu ini mesti disekat serta-merta. Jika tiada tindakan diambil, maka kerajaan pada hari ini akan memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kemusnahan yang berlaku kepada keharmonian agama yang telah memastikan negara kita sentiasa aman dan makmur selama ini.

Tarikh: 1 September 2020
Kenyataan dikeluarkan dan disokong oleh:

  1. Uskup Agung Julian Leow Beng Kim
    Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)
    Presiden MCCBCHST
  2. Sardar Jagir Singh
    Majlis Gurdwara Malaysia (MGC)
    Timbalan Presiden MCCBCHST
  3. Datuk R.S. Mohan Shan,
    Malaysia Hindu Sangam (MHS)
    Vice President MCCBCHST
  4. Dao Zhang Tan Hoe Chieow
    Federation of Taoist Associations Malaysian (FTAM)
    Vice President MCCBCHST
  5. Venerable Sing Kan
    Malaysia Buddhist Association (MBA)
    Vice President MCCBCHST

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Religious harmony: bedrock for nation’s prosperity and development

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.