Ke arah kesatuan Kristian di Lundu

Oleh Yohanes Pearson Epan’g

LUNDU — Pada 18 November 2023, beberapa denominasi Kristian di daerah Lundu telah bekerjasama untuk mengadakan Konsert Rohani Gabungan Gereja-Gereja di Lundu dengan tema One Way yang dipetik daripada Injil Yohanes 14:6. 

Program tersebut dianjurkan di Dewan Suarah Lundu bermula daripada jam 6 petang hingga 10 malam. 

Kehadiran dianggarkan seramai 1,300 orang, tidak termasuk kanak-kanak. 

Selaras dengan tema yang digunakan, program tersebut bertujuan untuk menyatukan semua umat Kristian sekitar daerah Lundu demi pembangunan iman melalui pengisian rohani yang menarik. 

Konsert tersebut dimulakan dengan perarakan penari rebana gereja, diikuti sesi Puji dan Sembah, perkongsian Sabda Tuhan yang disampaikan oleh perwakilan Gereja Katolik, Fr Adrian Kho, persembahan lima buah lagu, dan doa yang dipimpin oleh perwakilan setiap denominasi menurut tema-tema terpilih. 

Pada masa yang sama, pihak penganjur berjaya mengumpul dana hasil sumbangan ikhlas para hadirin, dengan harapan untuk menganjur aktiviti kerohanian bersama-sama pada masa akan datang. 

Pihak penganjur juga berharap usaha sama yang dimulakan itu akan menjadi asas bagi pembentukan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Lundu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.