Oleh Shannon Wei
KUCHING — Selepas sekian lama, jemaat parokidapat menghadiri semula Misa di Katedral St Joseph—kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara.
Pada 4 Julai lepas, Katedral St Joseph merayakan Misa Senja dalam Bahasa Cina dan Bahasa
Inggeris. Misa Hari Minggu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dirayakan pada 5
Julai. Jemaat yang hadir dihadkan kepada 100 orang buat permulaan di setiap Misa.
Walaupun tiada nyanyian lagu rohani dan koir, gereja yang kosong dipenuhi jemaat yang hadir juga pada akhirnya.
Mereka yang hadir menyaksikan “norma baharu” bagi menghadiri Misa, dengan pematuhan kepada garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pembukaan semula gereja.
Jemaat paroki sekarang memasuki gereja menerusi pintu utama, di mana pendaftaran
diwajibkan selain saringan suhu badan, pensanitasian, dan pemakaian pelitup muka yang wajib.
Warden gereja kemudianmembawa jemaat ke tempatduduk mereka di Zon ‘B’ atau Zon ‘C’ bahagian tempat duduk di sebelah kiri dan sebelah kanan gereja.
Selepas menanti sekian lama, jemaat paroki kini dapat menerima Komuni Kudus dalam Misa dengan mematuhi SOP baharu.
Ini termasuk pensanitasian kendiri sebelum menerima Tubuh Kristus selain penjarakan sosial sepanjang masa.
Katedral St Joseph akan terus mengadakan Misa pada hujung minggu yang boleh disertai semua orang, dan jemaat paroki yang ingin hadir digalakkan untuk mendaftar diri dalam
talian, menurut bahasa dan masa Misa pilihan mereka.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: St Joseph’s Cathedral welcomes back parishioners