Katedral St Joseph lancar “Misa Tempat Letak Kereta” untuk warga Katolik yang berusia dan lemah

Uskup Agung Simon Poh merayakan Misa dari tingkap pejabat Paroki yang berhadapan dengan tempat letak kereta katedral.

Oleh Ivy Chai

KUCHING Katedral St Joseph menganjurkan Misa Pagi terbuka pertamanya di tempat letak kereta katedral pada 19 Disember lepas. Misa jam 7.00 pagi itu dihadkan kepada 20 buah kereta yang berdaftar awal dan penumpang perlu mematuhi dengan ketat SOP kerajaan negeri bagi rumah-rumah ibadat.

Usaha itu merupakan mukadimah kepada lebih banyak Misa khas untuk memperkasakan orang Katolik, yang dianggap “berisiko tinggi” disebabkan oleh pandemik COVID-19, supaya datang ke gereja dan menerima Komuni Kudus.

Uskup Agung Simon Poh merayakan “Misa Tempat Letak Kereta” yang pertama dari tingkap tingkat satu pejabat paroki yang berhadapan dengan tempat letak kereta. Beliau dibantu oleh Father Galvin Ngumbang.

Ketika beliau mengalu-alukan jemaat pandu lalu paroki, Uskup Agung Simon berkata beliau gembira melihat mereka dan mengakui keinginan mereka untuk menghadiri Misa di gereja, tetapi tidak dapat.

Sekarang mereka dapat datang dengan menaiki kereta.

“Allah mengingati kamu. Jadi sekarang ‘Yesus datang kepada kamu’,” katanya.

Sepanjang Misa, jemaat paroki terus duduk di dalam kereta dengan membuka cermin tingkap dan enjin dipadamkan. Mereka mempunyai pilihan untuk memakai atau tidak memakai pelitup muka kerana mereka tiba sebagai sebuah keluarga dan “penjarakan sosial kereta” sudah dilaksanakan.

Komuni Kudus dibawa kepada mereka oleh Pelayan Ekaristi Luar Biasa.

Ramai orang Katolik, yang tergolong dalam kumpulan “berisiko tinggi”, khususnya warga emas, orang lemah, mereka yang ada kekangan pergerakan atau masalah kesihatan, belum menghadiri Misa di gereja sejak Mac lalu.

Uskup Agung Simon telah mengatur empat (4) Misa Tempat Letak Kereta dari 24 – 27 Disember khususnya untuk mereka. Mereka kini dapat menghadiri Misa pada jam 7.00 pagi pada Ambang Krismas, Hari Krismas dan Hari Sabtu serta Hari Ahad pada hujung minggu ini. Jemaat Katolik yang layak menghadiri Misa khas ini boleh menghubungi Brenda di Pejabat Paroki Katedral St Joseph untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran. Tel: 082-423424.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: St Joseph’s Cathedral launches “Carpark Mass” for elderly and vulnerable Catholics

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.