Jerayawara KAYD 2024 dan Misa Senja di Gereja St Gregory, Lundu

Oleh Rovena Fiffy Korlous

LUNDU — Jerayawara KAYD 2024 dan Misa Belia telah diadakan pada 29 Jun lalu di Gereja St Gregory Selampit/Bitokan di sini.

Seramai 90 peserta yang mendaftar pada hari tersebut terdiri daripada belia dari Zon Batang Kayan, Zon Biawak, Zon Sematan dan gereja induk, iaitu Gereja Holy Spirit.

Program Jerayawara KAYD dimulakan dengan perarakan Salib KAYD pada jam 3.30 petang hingga jam 5.30 petang. Satu sesi input pengenalan ringkas tentang KAYD 2024 kepada peserta telah dikongsikan oleh salah seorang penyelaras KAYD 2024, iaitu Saudara Clarence.

Program Jerayawara KAYD 2024 itu berjalan dengan lancar dan ditutup dengan Perayaan Misa Belia yang dipimpin oleh Fr Davie Entalai pada jam 6.00 petang. Misa Belia ini turut dihadiri oleh umat dari berbagai kampung di bawah Paroki Holy Spirit.

Setelah selesai Misa Belia, sesi fotografi telah diadakan bersama penyelaras KAYD dan belia dari Paroki Holy Spirit serta Fr Davie. Kemudian, umat yang hadir dijemput untuk sama-sama menikmati jamuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.