Oleh Joseph Then / Jacquiline Ebby
SERIAN — Pada 27 Julai 2023, ahli Jawatankuasa Pembinaan Pusat Pastoral St Theresa di sini telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, YB Tuan John Ilus.
Wakil jawatankuasa tersebut menjelaskan kepada YB tentang perkembangan projek pembinaan tersebut dan juga hal-hal berkaitan dengan kutipan dana, seperti Pelancaran Projek 2023, Makan Malam Pengumpulan Dana 2024, Jogathon Paroki 2025, dan pelbagai aktiviti yang akan datang.
YB gembira dengan taklimat tersebut dan telah mengutarakan beberapa cadangan yang baik, termasuk permohonan bantuan dari Unit Bagi Perkara Agama Lain (UNIFOR).
Mereka yang ingin menyumbang kepada pembinaan pusat itu boleh melakukannya dengan menyerahkan sendiri sumbangan mereka ke Pejabat Paroki, Serian, atau melalui pemindahan dana ke Hong Leong Bank, Serian, atas nama akaun ST THERESA’S PASTORAL CENTRE FUND bernombor 03300013158.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: St Theresa’s Parish Pastoral Centre Building Committee, formed