‘Holy Hour for Vocation’ di Gereja St Theresa Serian

Fr Robert bergambar bersama umat-umat yang menghadiri sesi Jam Kudus untuk Panggilan di Gereja St Theresa Serian.

Oleh Ministri Panggilan St Theresa Serian

SERIAN — Pada 11 Oktober 2024 yang lalu, pihak Kuching Archdiocesan Vocation Promotion telah mengadakan Jam Kudus untuk Panggilan (Holy Hour for Vocation) yang kali ini bertempat di gereja St Theresa Serian yang bermula pada jam 8 malam yang dihadiri oleh umat terutamanya belia dibahagian Serian dan belia dari St Ann Kota Padawan. Ianya bertujuan untuk berdoa bersama-sama agar lebih ramai lagi belia akan menyahut panggilan mereka. Pada keesokannya, 12–13 Oktober 2024-pula Ministri Panggilan St Theresa Serian pula mengadakan Program Hujung Minggu Panggilan yang bertempat di kampung Mentung Mara-U Serian selama dua hari satu malam dengan temanya “JOH BISAMAH BISINDI DENGAN TAMPA”.

Pengisian program pada kali ini lebih menjurus kepada panggilan kepada kehidupan kepaderian, religius dan katekis. Pada ceramah yang pertama, Katekis Royston dijemput untuk berkongsi mengenai “Apa itu Katekis” dimana beliau menerangkan peranan, tugas dan katerian sebagai seorang katekis. Beliau juga menyatakan bahawa seorang katekis adalah penginjil awam yang mewartakan injil dan membawa orang lain untuk mengenal dan mengimani Yesus Kristus. Ceramah pertama diakhiri dengan perkongsian daripada Katekis Vincent Jude tentang perjalanan beliau menyahut panggilan sebagai seorang katekis. Pada sebelah malamnya, bersama-sama dengan penduduk kampung mengadakan doa rosari dan diikuti dengan doa Taizé telah diadakan.

Ceramah kedua pada keesokan harinya pula, telah disampaikan oleh Brother Dannie Luiz tentang “apa itu Panggilan” dan menerangkan juga bahawa panggilan ini bukan sahaja mengenai apa yang kita lakukan sebagai pekerjaan tetapi mengenai siapa kita dalam hubungan dengan Tuhan dan bagaimana kita menghidupkan iman kita dalam kehidupan seharian. Beliau juga menerangkan maksud Vocation dan menyatakan bahawa panggilan adalah tentang cinta kasih Tuhan terhadap kita dan respons kita kepada cinta itu dengan melayani orang lain. Setiap panggilan, sama ada perkahwinan, imamat, kehidupan religius atau kehidupan bujang adalah jalan menuju kesucian dan cara untuk membawa kasih Tuhan kepada dunia. Beliau mengakhiri sesi ceramah beliau dengan perkongsian perjalanannya sebagai seorang seminarian.

Sesi ceramah terakhir disampaikan oleh Sr Perpetua Duri, SSFS dengan soalan “kenapa anda disini?” Sr Perpetua menerangkan kepentingan panggilan itu penting kepada kita semua kerana ianya adalah antara kita dan Tuhan. Beliau juga menyatakan bahawa panggilan merupakan anugerah dari Tuhan (total gift) kepada kita. Terdapat empat jenis panggilan iaitu kepaderian, religius, perkahwinan dan hidup bujang. Beliau juga berkongsi tentang peringkat menjadi seorang religius dan menerangkan kehidupan religius.

Program ini diakhiri dengan perkongsian daripaga Sr Genevieve, SSFS. Program panggilan peringkat Paroki St Theresa Serian bagi tahun 2024 menutup tirai dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Robert Jissem, selaku penasihat Rohani Ministri Panggilan St Theresa Serian yang turut dihadiri penduduk Kampung Mentung Mara-U.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.