Hari Rekoleksi Guru-Guru Katolik Sarawak: ‘Positif di Sekolah’

KUCHING — Sekumpulan guru-guru Katolik telah berhimpun dalam talian pada 1 Mei 2021 untuk berbahagi pengalaman mereka yang mencabar pada waktu pandemik sekarang, yang kini sudah memasuki tahun kedua.

Semakin banyak kes positif COVID-19 sedang berlaku di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di Malaysia dengan beberapa kluster sekolah. Orang rasa tertekan dengan situasi ini.

“Berbahagi membantu dengan kesedaran bahawa orang lain juga sedang berdepan dengan isu-isu yang sama, dan kita tidak melakukannya bersendirian. Berbahagi juga memanfaatkan kita dari segi kita rasa disokong oleh satu sama lain, iaitu matlamat rekoleksi ini,” kata Fr Francis Lim, SJ, selaku Pengetua Sekolah Menengah Swasta St Joseph yang memudah-cara rekoleksi dan pembahagian ini.

“Ia diharapkan agar menerusi acara ini, guru-guru dapat melihat ke depan dengan harapan di tengah-tengah kesibukan mengajar dan belajar di sekolah, sama ada dalam talian mahupun fizikal, yang pada masa yang sama diselubungi kebimbangan dijangkiti virus.”

Para peserta menyertai rekoleksi ini dengan berbagai perasaan, contohnya, perasaan positif seperti rasa syukur, keterbukaan fikiran, ketenangan, dan sebagainya. 

Pada waktu yang sama, terdapat juga perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, kekhuatiran, dan sebagainya.

Fr Francis membahagikan kepada para peserta ‘Ignatian Examen’, yang boleh menjadi alat berguna untuk membantu guru-guru mencari Tuhan yang bekerja secara aktif di dalam kehidupan harian kita. 

‘Examen’ ini memerlukan amalan harian untuk melatih diri kita mencari Tuhan dalam semua perkara. Lama kelamaan kita boleh menjadi lebih bagus.

“Kita memerlukan kehidupan yang lebih holistik dan seimbang pada waktu pandemik. Examen memudahkan kesihatan mental yang lebih baik. Ia membantu dengan pola pemikiran yang lebih positif. Pada waktu yang sama, ia juga adalah doa untuk berbual dengan Tuhan dalam kelaziman hidup kita. Ia boleh mengeratkan lagi hubungan peribadi kita dengan Tuhan yang sangat dekat dengan setiap daripada kita,” kata Fr Francis.

‘Google Meet Breakout Rooms’ telah digunakan sebagai platform bagi acara ini yang dianjurkan oleh Perkumpulan Guru-Guru Katolik Sarawak.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Sarawak Catholic Teachers’ Guild Recollection Day: ‘Positive in School’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.