Hari Raya St Joseph: ‘Sambutan berganda’ di Katedral

Kek ‘kejutan’ untuk menandakan ulang tahun Uskup Agung Simon Poh. (Semua gambar: Today’s Catholic/Shannon Wei)

Oleh N.Chin

KUCHING — Pada 19 Mac 2023, Katedral St Joseph (SJC) memperingati Hari Raya Paroki pada Misa 5.00 petang Ahad di katedral yang dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh dan dirayakannya bersama Fr Nicholas Ng, Fr Galvin Ngumbang dan Fr Mark Bonchol.

Dalam sembahyang Misa itu, Majlis Pastoral Paroki SJC yang diketuai pengerusinya Stephen Chin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Uskup Agung Simon yang menyambut ulang tahunnya yang keenam sebagai Uskup Agung Kuching. 

Sebuah kek ulang tahun ‘kejutan’ yang cantik ditolak ke santuari oleh pelayan altar untuk menandakan Hari Raya Paroki SJC serta ulang tahun keenam Uskup Agung sebagai Gembala kita. 

Uskup Agung Simon ditahbis menjadi Uskup Agung Kuching yang ketiga pada 20 Mac 2017 apabila beliau menerima Pemilikan Kanonikal ke atas Keuskupan Agung Kuching.

Selepas Misa, Ministri Penyambut dan Penunjuk Tempat Duduk (bersama ahli-ahli PPC) membantu mengagihkan air dan kuih nyonya bungkus kepada anggota paroki.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Feast of St Joseph: ‘Double celebration’ at Cathedral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.