Hajat doa Paus bagi bulan Mac: Untuk mangsa penderaan

DOA KITA … Pope Francis mengumumkan hajat doa beliau bagi bulan Mac.

KOTA VATIKAN — “Sebagai respons kepada kes penderaan, terutamanya penderaan yang dilakukan oleh anggota Gereja, ia adalah tidak memadai untuk memohon pengampunan,” kata Pope Francis dalam pesanan video beliau ketika mengumumkan hajat doa beliau bagi bulan Mac 2023.

Paus pada bulan ini berdoa dengan cara yang khusus bagi mangsa penderaan.

Dalam pesanan beliau, beliau menegaskan mangsa mesti menjadi protagonis bagi respons kepada penderaan, sambil menyatakan “kesakitan dan luka psikologi mereka boleh mula sembuh seandainya mereka menemukan jawapan, seandainya ada tindakan konkrit untuk memperbaiki keseraman yang mereka telah alami dan mencegahnya daripada berlaku lagi”.

Pope Francis juga menegaskan bahawa Gereja tidak boleh menyembunyikan penderaan, tidak kira di mana ia berlaku, sebaliknya mesti bertindak sebagai teladan dalam responsnya kepada penderaan—termasuk dengan menyoroti isu penderaan dalam masyarakat dan dalam keluarga. 

Sebagai sebahagian daripada respons itu, Gereja mesti juga “menyediakan ruang selamat untuk membolehkan mangsa didengari, disokong dari segi psikologi, dan dilindungi”.

Marilah kita berdoa bagi mereka yang telah menderita disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan terhadap mereka oleh anggota Gereja; semoga mereka menemukan di dalam Gereja juga respons konkrit kepada keperitan dan kesengsaraan mereka.

Hajat doa bulanan Paus diterbitkan oleh Pope’s Worldwide Prayer Network.

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Pope’s March prayer intention: For victims of abuse

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.