Hajat doa Paus bagi bulan Februari: Agar paroki menjadi komuniti terbuka

KOTA VATIKAN — Dalam video hajat doanya bagi bulan Februari, Pope Francis meminta paroki untuk benar-benar menjadi komuniti: tempat mendengar dan mengalu-alukan dengan pintu yang sentiasa terbuka kepada semua, tanpa mengecualikan sesiapa pun.

Paroki bukan kelab eksklusif 

Dalam video itu, yang bermula dengan imej bahagian luar sebuah gereja paroki yang cantik tetapi kosong, diikuti imej gereja sama yang dipenuhi manusia, seterusnya menjadikannya jauh lebih indah lagi, Pope Francis berkata setiap paroki harus meletakkan papan tanda di atas pintu mereka yang menyebut, “Kemasukan Percuma”.

Dalam kenyataan akhbar yang mengiringi hajat doa kedua bagi tahun 2023, jaringan Doa Seluruh Dunia Paus menjelaskan, dengan kata-kata ini, Pope Francis mahu mengingatkan semua kita bahawa syarat khusus tiada untuk masuk kerana, seperti apa yang beliau sebut, “paroki bukan kelab bagi segelintir orang, yang memberi sejenis kekitaan sosial yang khusus”.

Sesungguhnya, dalam visi Pope Francis, paroki adalah “komuniti yang erat, tanpa birokrasi, berpaksikan umat—tempat di mana anugerah Sakramen-Sakramen dapat dijumpai”.

Idea ini disampaikan oleh imej-imej dalam video berkenaan yang datang daripada paroki-paroki di seluruh dunia, yang menunjukkan perhimpunan, ceramah, pengagihan bantuan kepada mereka yang paling memerlukannya, kunjungan kepada warga emas dan orang sakit, pertunjukan, dan acara-acara dalaman atau luaran.

Pintu terbuka

Dalam videonya, Pope Francis menekankan idea ini di mana paroki meneruskan usaha untuk menjadi pusat yang mengalu-alukan dan mendengar: “Mereka perlu sekali lagi menjadi sekolah-sekolah pelayanan dan kemurahan hati, dengan pintu mereka yang sentiasa terbuka kepada mereka yang dikecualikan. Dan kepada mereka yang dirangkumi. Kepada semua.”

Kita dapat berjaya, kata Paus, dengan menjadi “berani”: memikirkan semula “gaya komuniti paroki kita” dan “meletakkan komuni (kesatuan) —komuni umat, komuni eklesia—di tengah-tengah”. 

Pope Francis sudah menyoroti pemusatan paroki untuk mendekatkan lagi Gereja dengan umat, dalam Amanat Apostoliknya, Evangelii Gaudium, yang diterbitkan pada permulaan kepausannya, di mana beliau menyatakan bahawa mereka ada keanehan sebagai “Gereja yang hidup di tengah-tengah rumah-rumah putera-puterinya”, dan oleh yang demikian tidak harus menjadi “struktur tidak berguna yang tidak memahami umat, atau sebuah kumpulan segelintir orang terpilih yang mementingkan diri”. 

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Pope’s February prayer intention: For parishes to be open communities

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.