Gereja Holy Spirit melatih guru baharu Sekolah Minggu

BERKONGSI ILMU… Ra Flora menyampaikan pandangan peribadi berhubung sukatan pelajaran.

LUNDU — Pada 9 Mac lalu, Program Pembentukan Guru Sekolah Minggu (Sunday School teachers) telah diadakan di Paroki Holy Spirit, di sini.

Seramai 49 orang guru baharu mendaftar diri untuk menghadiri program tersebut. 

Dalam program ini, guru-guru baharu telah didedahkan kepada buku panduan guru dan buku teks murid Sekolah Minggu. 

Pengenalan dan tujuan pembentukan ini disampaikan oleh Fr Adrian Kho sebagai rektor di Paroki Holy Spirit. 

Satu perkongsian pengalaman sebagai guru Sekolah Minggu dikongsikan oleh Cikgu Ra Flora.

Program pembentukan guru baharu ini telah dijadikan sebagai program tahunan.

Sekolah Minggu Paroki Holy Spirit menyediakan program rekoleksi sebanyak dua kali setahun, pembentukan guru baharu sekali setahun, aktiviti riadah sekali setahun, dan kem kanak-kanak sekali setahun. 

Ini merupakan aktiviti tahunan yang telah ditetapkan. 

Program pembentukan guru Sekolah Minggu ini diakhiri dengan Misa Kudus dan jamuan tengah hari sebagai penghargaan kepada ahli-ahli baharu.


Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Spirit Church trains new Sunday School teachers

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.