Gereja Blessed Sacrament rai Jam Kudus Ekaristi Kanak-kanak Seluruh Dunia Ke-21

SUCI… Perarakan WWCEHH Ke-21 dari Grotto Our Lady of Lourdes, Gereja Blessed Sacrament pada 13 Oktober 2023. (Gambar: Peter Chai)

Oleh Martina Juan & Diana Marie

KUCHING — Pada tahun ini, Jam Kudus Ekaristi Kanak-kanak Seluruh Dunia Ke-21 (WWCEHH) di Gereja Blessed Sacrament diraikan pada Jumaat 13 Oktober lalu di bawah pimpinan Rektor Paroki, Fr Leonard Yap.

Acara bermula di grotto dengan penyalaan lilin perpaduan. Dalam keadaan cuaca yang baik, perarakan pada malam itu dipimpin oleh barisan pembawa salib, pelayan altar yang membawa lilin, gadis bunga, pembawa patung, Fr Leonard, pelayan altar yang mengangkat lilin perpaduan, pembawa doa-doa permintaan umat, pengacara pelajar, pemimpin rosari dan kongregasi lain yang membawa lilin yang menerangi persekitaran.

Madah perarakan yang indah dinyanyikan oleh koir kanak-kanak Sekolah Minggu ketika perarakan bergerak ke pintu utama gereja, termasuk lagu pembukaan untuk mengalu-alukan Maria, Bonda Perawan Fatima, sehingga patung bonda ditempatkan di santuari.

Matlamat WWCEHH termasuk:

  • bertaubat di atas kesalahan terhadap Tuhan akibat dosa-dosa semua manusia;
  • berdoa bagi keluarga kanak-kanak yang hadir dan semua keluarga di dunia;
  • bagi Bapa Suci, berdoa bagi pelindungan beliau dan kejayaan misi beliau di Bumi;
  • berdoa agar umat manusia belajar menyayangi alam sekitar, berusaha gigih untuk memulihkan alam sekitar yang rosak, dan Tuhan membantu untuk mengekang perubahan iklim;
  • berdoa untuk mempercepatkan kemenangan Hati Tak Bernoda Bonda Maria yang sudah lama dinanti-nantikan; dan 
  • berdoa bagi niat-niat yang ditempatkan di dalam Bakul Doa Permintaan.

Perarakan itu disusuli dengan doa kepada Santa Jacinta dan Santo Francisco Marto bagi pelindungan daripada segalanya yang menimpa dunia, pemahkotaan patung Maria, Bonda Perawan Fatima, yang diiringi nyanyian pemahkotaan ‘Salve, Regina’ (Salam, Ratu Suci) dan lagu tema ‘We are the children of the World’ oleh koir Sekolah Minggu serta Eksposisi dan Adorasi Sakramen Maha Kudus.

Rosari dipimpin oleh 10 pelajar yang mengenakan pakaian yang memaparkan lima warna berbeza untuk mewakili lima benua: Afrika, Amerika, Eropah, Oceania dan Asia.

Bunga untuk Bonda Suci

Untuk menamatkan acara, lagu terakhir ‘Praise Her with a Flower’ dinyanyikan sementara kanak-kanak yang hadir menyampaikan lima tangkai bunga mawar kepada Bonda Suci Kita. Bunga mawar yang memaparkan lima warna berbeza itu menggambarkan lima benua.

Semua kanak-kanak yang menyumbang kepada kejayaan Jam Kudus Ekaristi Kanak-kanak Seluruh Dunia Ke-21

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Blessed Sacrament Church celebrates 21st Worldwide Children’s Eucharistic Holy Hour 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.