Gereja Blessed Sacrament Kpg Bijuray Mongag/Kpg Pedaun Bawah Krokong Bau anjur Majlis Kesyukuran

TULANG BELAKANG… ADUN Serembu, Miro Simuh (dua kiri), merakamkan kenangan bersama Temenggong Atok Derop (tiga kanan), Anthony Abong Narok (kiri) dan tetamu lain pada Majlis Kesyukuran itu.
TERIMA KASIH… Pengerusi BSC, Anthony Abong Narok (kanan), menyampaikan cenderahati kepada Fr Augustine Jepy (tengah), disaksikan oleh ADUN Serembu, Miro Simuh.

BAU — Majlis Kesyukuran telah diadakan pada 3 Mac lepas di Dewan Gereja Blessed Sacrament (BSC) Kpg Bijuray Mongag/Kpg Pedaun Bawah Krokong Bau.

Ia dimulakan dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Augustine Jepy dari Paroki St Stephen di sini.

Pengerusi BSC, Anthony Abong Narok, berkata tujuan Misa dan majlis tersebut diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana projek penambahbaikan gereja sudah siap dilaksanakan.

“Projek tersebut merangkumi kerja membaik pulih dan menembok tapak perkuburan, menambah dan membaik pulih tandas, membina pondok bangunan baharu kelas adat serta membaik pulih tingkap-tingkap gereja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Peruntukan bagi projek tersebut diperoleh daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) melalui Pejabat Wakil Rakyat N.18 Serembu. 

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi Kawasan N.18 Serembu, Tuan Miro Anak Simuh, dan dihadiri oleh Temenggong Bahagian Kuching Atok Derop. 

“Dengan kesempatan ini, gereja ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Wakil Rakyat N.18 Serembu, Yang Berhormat Tuan Miro Anak Simuh, kerana dapat bersama-sama gereja kami dengan menghadiri majlis tersebut dan memberi sokongan yang padu dan jitu kepada permohonan kami sehingga pihak kerajaan meluluskan projek penambahbaikan ini,” kata Anthony. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.