Gereja Blessed Sacrament akan memulakan ajaran Sekolah Hari Minggu Dalam Talian

Gereja Blessed Sacrament

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Selepas aktiviti-aktiviti Sekolah Hari Minggu digantung selama setahun disebabkan oleh pandemik COVID-19, Jawatankuasa Al-Kitab dan Pembentukan Iman (BFFC) Paroki Blessed Sacrament telah mengumumkan mereka akan memulakan ajaran-ajaran Sekolah Hari Minggu dalam talian pada pertengahan Jun 2021. 

Ajaran-ajaran dalam talian bagi para pelajar pada semua peringkat akan bermula pada 13 Jun, selepas perayaan Gawai Dayak.

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka bagi ajaran-ajaran Sekolah Hari Minggu diminta mendapatkan borang pendaftaran di pintu masuk gereja dan Pejabat Paroki, atau dalam talian di laman: https://forms.gle/BQxaxVxbaRG253DN8

Borang fizikal/borang pendaftaran dalam talian yang lengkap mesti dikemukakan pada atau sebelum 30 Mei 2021.

Bagi borang fizikal yang diperoleh daripada pejabat paroki, ia boleh dihantar balik dengan meletakkannya ke dalam kotak yang disediakan di luar pejabat, pada waktu pejabat. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Blessed Sacrament Church to start Sunday School Online lessons

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.