Gereja baharu Kampung Suba, Paroki St Stephen Bau

Upacara perasmian. (Kiri-kanan): YB Dato Henry Jinep, Uskup Agung Simon Poh, Fr Peter Liston (Rektor Paroki), YB Mordi Bimol dan Ambrose Linang (UNIFOR).

Oleh Robert Kip dan Ivy Chai

BAU — Komuniti Katolik Kampung Suba Bau pada 16 Julai 2023 yang bersejarah merayakan Misa Pemberkatan bagi gereja baharu, Gereja Mary Immaculate Conception oleh Uskup Agung Kuching, Simon Poh. Pada Misa yang sama, 234 calon dari Zon Bratak telah menerima Sakramen Penguatan. 

Berkat patung Bonda Maria

Gereja Mary Immaculate Conception yang baharu siap ini dibina di atas tapak tanah yang dahulunya merupakan tapak Chapel St Mary yang berusia 39 tahun.

Memandangkan jumlah jemaah semakin meningkat dan keadaan gereja lama yang dibina pada tahun 1984 semakin usang, Chapel St Mary telah dirobohkan pada bulan November 2011 untuk memberi laluan kepada pembinaan gereja baharu. Sepanjang kerja pembinaan dijalankan, Misa telah dirayakan dalam Dewan Balai Raya Kampung Suba Bau hingga 23 November 2020. Ini adalah atas ehsan Ketua Kampung terdahulu dan semasa.

Sejarah Penyebaran Kristian

Agama Kristian tiba di Kampung Suba Bau 69 tahun yang lalu melalui seorang guru yang menjadi Kristian, Cikgu Boniface Rigod. Beliau dibaptis pada bulan April 1954 di Gereja St Joseph, Kuching. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Rendah St John, Kampung Sagah Bau, dan kemudian berpindah ke Sekolah Rendah St Stephen Bau pada tahun 1957. Penyebaran agama Kristian di Kampung Suba Bau hingga tahun 1957 oleh Cikgu Boniface menghasilkan pembaptisan seramai 1,958 orang penduduk kampung tersebut oleh Fr Luis. Cikgu Boniface memegang jawatan sebagai Ketua Sembahyang selama 23 tahun hingga tahun 1980.

Agama Kristian kemudian tersebar di seluruh Kampung Suba Laie dan Kampung Suba Bau. Umat dari kampung-kampung tersebut merayakan Misa di Gereja St Stephen Bau selain berkongsi tanah perkuburan yang sama untuk pengebumian. Ketiadaan persetujuan mengenai pembinaan gereja berasingan di Kampung Suba Bau adalah faktor yang telah menyebabkan pembinaan Chapel St Mary mengambil masa 30 tahun, dan 69 tahun untuk gereja baharu yang terbina pada hari ini.

Gereja Mary Immaculate Conception 

Kerja pembinaan gereja baharu ini bermula pada 16 November 2015 dan selesai pada 17 Disember 2022. Projek yang pada mulanya dianggarkan siap dalam tempoh empat tahun ini hanya dapat selepas tujuh tahun disebabkan oleh arahan pemberhentian semua kerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19.

BAHARU… 121 tempat duduk di Gereja Mary Immaculate Conception dapat menampung 600 anggota paroki.

Misa mula dirayakan di gereja baharu ini pada 23 November 2020 walaupun kerja pembinaan bangunan gereja masih belum selesai sepenuhnya ketika itu. Berukuran 58 kaki lebar, 125 kaki panjang dan 47 kaki tinggi dan dengan 121 bangku, gereja baharu ini boleh menampung seramai 600 umat pada setiap Misa. 

Bahagian hadapan gereja ini dilindungi atap, dan menara loceng juga dibina sementara mezbah dan tempat duduk untuk jemaat diletakkan di tengah-tengah gereja. Di bahagian belakang gereja, terdapat dua buah bilik berasingan untuk paderi dan juga pelayan altar. Tandas terletak di bangunan berasingan di belakang gereja.

Jumlah keseluruhan kos pembinaan Gereja Mary Immaculate Conception adalah RM1,246,813.25, hasil daripada sumbangan jemaat, aktiviti kutipan dana seperti Makan Malam, Jogaton, projek A Dollar a Brick, sumbangan Unit Bagi Pekara Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM400,000, dan juga dana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) sebanyak RM370,000. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: St Stephen’s Parish builds new Church in Kampung Suba Bau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.