GDK Paroki Bunan-Tebedu anjur Seminar Sinodaliti dan Identiti serta Misi Kaum Wanita dalam Gereja

Para peserta bergambar be ramai-ramai selepas Misa Senja sebagai penutupan seminar bersama dengan paderi jemputan, Fr John Chong, dan rektor Gereja St Jude Bunan Gega, Fr Cornelius, CMF.

Oleh Girumpang Dayung Katolik Paroki Bunan-Tebedu

BUNAN-TEBEDU — Pada 16–17 Ogos lalu, Girumpung Dayung Katolik (GDK) Paroki Bunan-Tebedu berhimpun secara besar-besaran buat kali kedua.

Seminar khas anjuran GDK bagi semua gereja kampung ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Sesi-sesi pembinaan dan pembaharuan semangat pelayanan menjadi fokus utama program tersebut bagi menjiwai sinodaliti Gereja pada masa kini.

Seramai 265 peserta dari 42 gereja kampung di bawah Paroki Bunan-Tebedu, yang mempunyai 46 gereja kampung, menghadiri program tersebut.

Fr John Chong, yang sangat berpengalaman dalam misi Gereja, dijemput untuk membantu dalam program tersebut.

Hari pertama bermula dengan nyanyian puji-pujian bersama yang diketuai oleh koir dan GDK St Justine, Kampung Mentu Pondok.

Ceramah pertama tentang tema seminar tersebut telah disampaikan oleh Sr Catherine Uming, SSFS selaku Penasihat GDK Paroki.

“Dunia hari ini sangat memerlukan Yesus dan persaudaraan sesama sendiri.

“Untuk membantu kita menemui Yesus dan diri kita sendiri, kita perlu mendengar Roh Kudus bersama-sama, untuk memperbaharui iman kita dan berusaha untuk berkongsi Injil dengan sesama sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, objektif proses sinodal adalah untuk berjalan bersama dan mendengar satu sama lain (celebrate—merayakan, listen—mendengar, walk—berjalan).

Misa Kudus pada hari pertama dirayakan oleh Fr John Chong untuk mengingatkan para peserta tentang betapa pentingnya Ekaristi dalam kehidupan seharian mereka.

Pada sebelah petang, sukaneka dan malam bakat diadakan.

Walaupun majoriti peserta adalah daripada golongan ibu dan warga emas, ia tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk bersukan dan berhibur.

Ia menyemarakkan semangat persaudaraan dan mengeratkan hubungan sesama sendiri.

Pada hari kedua, ceramah kedua bertajuk ‘Woman of God, Walking by Faith—Wanita Beriman, Berjalan dengan Iman’, disampaikan oleh Fr John.

Beliau menjemput peserta untuk meneladani para wanita di dalam Al-Kitab, seperti Perawan Bonda Maria dan Martha, selain santa Gereja.

Menurutnya, mereka datang dalam satu iman untuk memberikan pelayanan kepada Tuhan serta sesama demi pembangunan Kerajaan Tuhan di dalam keluarga, gereja, kampung dan masyarakat.

Ceramah ketiga adalah tentang ‘Kesukaan Dalam Perjalanan Iman’ yang disampaikan oleh Sr Catherine.

Beliau menegaskan bahawa pelayanan kaum wanita di dalam gereja adalah satu panggilan harus dijalankan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di dalam hati, rasa bertanggungjawab serta saling mendengarkan sesama dan berjalan bersama.

Mereka harus mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran mendatang dengan hati yang terbuka.

“Jangan melihat tugasan pelayanan sebagai satu bebanan tetapi satu peluang atau kesempatan untuk melayani dan memberikan sesuatu kepada gereja dan komuniti demi kemulian Tuhan,” katanya.

Selepas setiap ceramah, peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut kampung atau zon masing-masing untuk berbincang tentang pelan tindakan masing-masing berdasarkan saranan yang telah diberikan oleh pihak penganjur.

Mereka kemudian membentangkan pelan mereka kepada semua supaya pemahaman baharu dapat dibawa ke gereja kampung masing-masing dan disesuaikan seiring dengan perkembangan terkini.

Selepas setiap ceramah, peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut kampung atau zon masing-masing untuk berbincang tentang pelan tindakan masing-masing.

Seminar itu ditutup dengan Misa Senja Kudus yang dirayakan oleh Fr John bersama Rektor Paroki Bunan-Tebedu, Fr Cornelius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.