Fun Run di Gereja St Ann

KE GARISAN… Gimik pelepasan yang dilakukan oleh Friar Don Don Ramerez (tengah) dan Friar Joseph Hii (kiri) untuk memulakan larian.

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — Acara St Ann’s Fun Run julung kali diadakan pada 7 Oktober yang lalu untuk menghimpunkan umat St Ann agar sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. 

Sebelum memulakan larian tersebut, acara dimulai dengan senaman bersama seawal jam 6.00 pagi di ruangan hadapan foyer gereja. 

Lebih kurang 800 peserta telah mendaftarkan diri dan menyertai larian itu. 

Kerana jumlah baju yang terhad, ada juga umat yang turut bersama menyertai larian sebagai satu keluarga besar St Ann.

Upacara melepaskan peserta telah dilakukan oleh Rektor Paroki, Friar Don Don Ramerez, OFM bersama paderi lain di Paroki St Ann, iaitu Friar David Au, OFM dan Friar Joseph Lee, OFM. 

Jarak larian tersebut sejauh lima kilometer yang merangkumi kawasan sekitar Batu 10 dan Jalan Landeh. 

Pada penghujung acara, majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang menamatkan larian di tempat pertama hingga kelima telah diadakan oleh pihak penganjur. 

Tujuan acara St Ann’s Fun Run diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan kawasan parkir baharu yang sedang dibina dan dijangka siap pada hujung tahun ini. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat semua ahli Jawatankuasa penganjur, umat yang menyertai larian dan setiap yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program berlangsung. 

Tuhan memberkati dan Santa Anna, doakanlah kami. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.