Fr Larry Tan, SJ berkongsi tariannya bagi ‘Dancing with 4th Stage Prostate Cancer’

Fr Larry melontarkan senyuman ketika memberikan kesaksian. (Foto: Todaycat/Shannon Wei)

KUCHING — Pada 30 Julai lalu, Pusat Kaunseling SJC telah menganjurkan satu program psikopendidikan bertajuk Dancing with 4th Stage Prostate Cancer’, yang memaparkan satu kesaksian mengenai kanser daripada Fr Larry Tan, SJ.

Seramai 244 peserta memenuhi Dewan Besar di ACCPC dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, yang terdiri daripada anggota-anggota dari Keuskupan Agung Kuching dan pelbagai gereja, selain menarik peserta dari tempat sejauh Bintulu dan KL yang telah datang ke sini untuk menghadiri programnya.

Ia merupakan kali pertama Fr Larry, 73 tahun, dari Chow Kit, KL, berkongsi kesaksian dengan orang ramai tentang usaha beliau melawan kanser sejak beliau akhirnya “bersih” pada Januari 2022.

Sebagai penceramah jemputan bagi program itu, beliau menegaskan: “Saya bukan bintang pertunjukan di sini, bintang pertunjukan ini adalah Tuhan sendiri.”

“Bagaimanakah saya ada kanser?”

Fr Larry memulakan perkongsian beliau dengan doa pembukaan, diikuti pertanyaan—“Kenapakah saya ada kanser?”—satu soalan yang beliau sering tanya kepada diri sendiri sepanjang perjalanan beliau.

“Saya seakan-akan melakukan segalanya dengan baik, tetapi masih juga ada kanser.”

Amaran pertama adalah pada Januari 2020, apabila keputusan ujian darah beliau kembali dengan PSA (antigen khusus prostat) 4.9 (di pinggiran kanser).

Ujian lanjut menunjukkan peningkatan antigen pada peringkat awal COVID, dan pada Mac 2021, Father didiagnos dengan kanser prostat peringkat pertengahan.

“Saya akan melakukan apa sahaja untuk terus hidup”—demikianlah naluri kelangsungan hidup Father yang tidak dapat dikalahkan dalam ‘tarian’ beliau.

Bermula pada April 2021, Father mencuba kedua-dua kaedah terapi alternatif dan konvensional.

Pada hujung Oktober, beliau menamatkan kaedah konvensyen, termasuk suntingan hormon dan radioterapi, untuk mengelak ketoksikan yang disebabkan oleh radiasi.

Beliau meneruskan terapi alternatif.

Fr Larry menyampaikan ucapan penutupan kepada peserta pada hujung program. (Semua foto: Todaycat/Shannon Wei)

“Apakah yang memacu kanser prostate saya?”

Selepas merujuk kepada seorang pakar pemakanan, beliau mendapati pemacu utama bagi kanser beliau adalah logam berat.

Di bawah nasihat pakar itu, Fr Larry mengambil ujian logam berat yang mengesahkan kandungan merkuri tinggi dalam logam raksa ergigian beliau, yang beliau kemudian cabut.

Beliau mendapati logam berat boleh dijumpai dalam benda harian seperti kosmetik, ubat-ubatan dan ikan.

Satu lagi pencetus kanser, katanya, adalah tekanan kronik, yang beliau sering alami sebagai naib rektor di Katedral.

Maka itu, ujarnya, mengurus tekanan dalam aspek-aspek tubuh badan, minda, emosi dan tingkah laku memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan kanser beliau.

Dengan pengetahuan baharu ini, beliau membuat perubahan gaya hidup yang radikal kepada kesihatan hubungan, mental, emosi, jasmani dan pemakanan.

“Apakah yang saya pelajari?”

Sambil merenungkan perjalanannya sendiri, Fr Larry membahagikan perkara-perkara penting ini:

  • Kerja Tuhan yang tidak kelihatan: “Apabila saya meminta tanda daripada Tuhan, Dia akan memberikan tanda kepada saya – menakjubkan, hebat dalam kasih-Nya, kasih tanpa penghujung.”
  • Percaya Tuhan, ambil risiko: “Semakin saya berhubung dengan Tuhan, semakin saya berani untuk mengambil risiko.”
  • Penanggapan adalah amat penting: “Untuk membaca, untuk mendapatkan lebih banyak fakta dan maklumat, untuk membuat pilihan bermaklumat yang baik. Pilihan ini dibawa ke hadapan Tuhan: “Tuhan, adakah Engkau mahu saya bergerak seperti ini atau tidak? Beri tanda kepadaku.”
  • Kanser adalah guru yang hebat, teman tarian dan ada hikmah di sebaliknya: “Ia telah mengajar saya banyak perkara dalam semua aspek kehidupan untuk memberitahu saya apa yang penting dan tidak penting pada waktu krisis.” “Sel kanser bukan musuh saya, ia sebahagian daripada saya – sel-sel yang rosak dan sekarang dalam cara berlainan.”
  • Cabar kebijaksanaan konvensional: “Selepas membaca buku, mata saya tebuka!”
  • Bertanggungjawab ke atas penyembuhan saya sendiri, dan percaya kepada diri sendiri apabila orang lain tidak.
  • Duduk dalam persekitaran yang bebas tekanan dan cari kumpulan sokongan.

Program ini kemudian berakhir dengan sesi soal jawab dan doa pentupan.

Melangkah ke hadapan, Pusat Kaunseling SJC akan berkolaborasi rapat dengan Fr Larry untuk menganjurkan Kumpulan Sokongan Kanser (bagi pesakit dan penjaga) dan memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang memerlukannya.

Mereka yang berminat dan ingin mendaftar diri boleh menghubungi Pusat Kaunseling SJC (Nelly) di talian 082-258046 atau WhatsApp 018-2529899. Kerahsiaan terjamin.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Fr Larry Tan, SJ shares his moves for “Dancing with 4th Stage Prostate Cancer”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.