Delegasi KAPA bersidang untuk mendengar dan mencerap arah ke hadapan sebagai Gereja Misionari

GEREJA MISIONARI: Gambar Kumpulan KAPA 2022, Dewan Utama St Joseph, ACCPC, 2 Oktober 2022. (Foto: KAYC)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Seramai 350 wakil delegasi berkumpul di Dewan Utama St Joseph, ACCPC, pada 1–2 Oktober lepas untuk Perhimpunan Pastoral Keuskupan Agung Kuching (KAPA) 2022. KAPA-1 diadakan lima tahun lalu, pada tahun 2017.

Uskup Agung Simon Poh
Doa Pembukaan oleh Fr Patrick Heng

Delegasi terdiri daripada Uskup Agung Simon Poh, Uskup Agung Emeritus John Ha, lembaga APC, suruhanjaya dan jawatankuasa, paderi, religius, seminarian, ahli majlis paroki, dan ketua awam daripada Keuskupan Agung Kuching.

Matlamat KAPA

Perhimpunan Pastoral diadakan untuk menyediakan saluran bagi umat Tuhan untuk berkumpul dan mendengar serta melihat dalam kesatuan (komuni) dengan Roh Kudus. Untuk berunding dan mengambil bahagian, untuk membentuk dan merealisasikan visi dan misi pastoral Gereja, supaya ia tetap kental, bertenaga, dan berdaya maju dalam usaha meneruskan misi Kristus.

Kita adalah Gereja, murid-murid Firman, dalam kesatuan bagi Misi

KAPA-2 adalah kesinambungan kepada Perjalanan Sinodal yang dilancarkan pada tahun lepas. Ia bermula dengan doa pembukaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat, Fr Patrick Heng.

Pengerusi APC, Christina Eng, dalam ucapan alu-aluan beliau kepada delegasi, menggariskan tujuan perhimpunan, proses yang sudah diambil, dan peranan yang dijangka dimainkan oleh setiap wakil delegasi.

“Gereja sentiasa menghadapi cabaran, baik lama mahupun baharu, yang kita mesti hadapi, tetapi hanya dengan bantuan Roh Kudus. Itulah sebabnya bagi semua kegiatan dan usaha yang kita telah jalankan baru-baru ini, daripada kaji selidik hingga kepada Perhimpunan Pra-Sinod, PPA dan hari ini—KAPA. 

“Bersama Uskup Agung Simon, para paderi dan religius, dan semua kita yang hadir, dan semua yang kita wakili, kita adalah Gereja dan kita perlu mendengar satu sama lain tatkala Roh Kudus bercakap kepada kita dan menerusi kita,” kata Christina.

Paderi Jesuit, Fr Alvin Ng, kemudian memimpin Jam Kudus dengan renungan rohani bermakna yang mengingatkan delegasi untuk “membuka mata kita” (baik jasmani mahupun rohani) kepada keperluan orang di sekeliling kita.

Jam Kudus bersama Fr Alvin Ng

Sesi pada hari pertama berakhir dengan majlis makan malam persaudaraan.

Perbualan Rohani

Delegasi memulakan perjalanan Perbualan Rohani selepas disampaikan dengan Sintesis Laporan-laporan Pasca PPA oleh Dr Margaret Chan pada hari kedua.

Dibimbing oleh Perpetua Phang yang menggariskan dua kemahiran asas bagi Perbualan Rohani, iaitu Mendengar dengan hati dan Bercakap daripada hati, delegasi yang dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil didorong untuk berkongsi perasaan, renungan, dan seruan kepada tindakan daripada laporan-laporan sintesis tersebut.

Kumpulan kecil - Perbualan Rohani

Ke manakah kita melangkah selepas ini?

Dalam kesimpulan beliau pada hujung KAPA-2, Christina berkata hasil laporan-laporan selama dua hari menjurus kepada satu konsensus atau kata sepakat, untuk memberi tumpuan khusus kepada keluarga, yang “sedang mengalami serangan yang teruk”. 

Tugasan lain yang tidak kurang penting adalah untuk meneliti panggilan kepada kepaderian dan kehidupan religius, pengislaman, menjaga dan memberi makanan kepada orang miskin, membina kesatuan, untuk menjadi murid-murid yang bersukacita, untuk memperkasakan belia, dan pembentukan iman yang kini masih dijalankan.

Mendahului senarai keutamaan daripada Laporan-laporan Sintesis KAPA adalah pembentukan iman dan keluarga.

(Dari kiri ke kanan) Dr Margaret Chan, Christina Eng, Fr Ramon Borja, SDB
Uskup Agung Emeritus John Ha - sesi maklum balas dari lantai

Misa penutupan dengan rumusan dan pengutusan oleh Uskup Agung Simon Poh diadakan untuk menamatkan KAPA-2.

Uskup Agung Emeritus John Ha dan semua paderi yang hadir sama-sama merayakan Misa penutupan.

Uskup Agung Simon membentangkan Laporan-laporan Sintesis KAPA 2022 di Perhimpunan Persekutuan Persidangan Uskup-uskup Asia (FABC) yang diadakan di Bangkok pada 12–30 Oktober 2022.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: KAPA Delegates meet to listen and discern the way forward as a Missionary Church

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.