Carmel Kuching meriahkan Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Carmel Jaro

PENDOA… Persekutuan biarawati Discalced Carmelite, Filipina bersama Ketua Pemimpin OCD, Fr Miguel Marquez Calle, pada Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Carmel Jaro, 9 November 2023.

Oleh Kuching Carmel

JARO, ILOILO — Empat biarawati Carmelite berbangsa Perancis dari Hue, Vietnam, tiba atas pelawaan Uskup Jaro ketika itu, Uskup James Paul McCloskey, untuk mendirikan biara pertama perkumpulan religius tersebut di Jaro, Kota Iloilo, pada tahun 1923. Pada 9 November 2023, komuniti Carmelite di Filipina meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Carmelite pertama di negara tersebut (1923-2023).

AKUR… Mother Margaret dari Carmel Kuching menyampaikan pemberian beliau kepada Ketua Pemimpin.

Sebagai anggota Persekutuan Biarawati Discalced Carmelite di Filipina, Mother Margaret dan Sr Dominica dari Carmel Kuching Carmel telah dipelawa (6–14 November) untuk menyertai perayaan besar-besaran itu. Mereka menyertai 22 anggota Carmel di Filipina, OCD Friars dan OCDS selain berjumpa dengan wakil perkumpulan biarawati Carmelite dari China, Vietnam dan Perancis, iaitu negara pengasas pertama di Filipina.

Misa Kesyukuran yang distrimkan secara langsung pada jam 9.30 pagi di Katedral Jaro, Iloilo dirayakan oleh Nunsio Apostolik di Manila, Kardinal Charles J. Brown, bersama Uskup Agung Jaro, Jose Romeo O. Lazo, Ketua Pemimpin OCD, Fr Miguel Marquez Calle, Ketua Definitor Carmelite bagi rantau Asia Timur-Oceania, Fr Chris Surinono OCD dan kira-kira 50 paderi OCD dari seluruh negara Filipina.

Dalam kongregasi adalah Meg Ramos selaku Presiden OCDS Filipina dan Immaculada Gallego selaku Presiden OCDS Iloilo selain ratusan anggota OCDS dan jemaat Iloilo.

Tiga cabang Carmelite bersukacita ketika mereka meluangkan masa bersama untuk makan tengah hari, makan malam dan konsert bagi meraikan Ulang Tahun Ke-100 Carmel Jaro, dengan persembahan dari pelbagai institusi religius dan jemaat Keuskupan Agung Jaro, Iloilo.

OCDS memukau semua dengan tarian tradisional Filipinan dan Sepanyol yang amat menarik sekali. Suasana diselubungi gelak ketawa dan keseronokan apabila seorang lelaki aiskrim (OCDS) menarik perhatian semua dengan loceng dan aiskrimnya yang nyaman! Fr Miguel, Ketua Pemimpin OCD, seronok sekali dengan tiga kon aiskrim yang beliau pinta, dan ramai yang meminta untuk bergambar dengan kon aiskrim tersebut.

Perkumpulan Carmelite Sisters turut berhimpun untuk berbincang dengan Fr Miguel dalam forum terbuka (distrim secara langsung dengan biarawati Carmelite lain di rumah menerusi Zoom) mengenai pindaan kepada perlembagaan mereka dan pelaksanaan Cor Oran, iaitu pemilihan perwakilan untuk menghadiri forum di Rom, penilaian kursus formasi bagi formator yang dibincang pada Ogos lalu, dan lain-lain.

Biarawati terbabit dan juga Carmel Kuching sangat bersyukur kepada Ketua Pemimpin mereka yang meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan sulit dengan anggota Carmel yang memerlukan bantuan beliau. Semoga Tuhan memberkati Ketua Pemimpin OCD dan menjaga beliau dengan baik. 

AISKRIM… Sister Dominica ( dua kiri) bersama Fr Miguel dan biarawati Carmelite lain dan kon aiskrim mereka.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Carmel delighted to join Jaro Carmel Centenary Celebrations in Philippines

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.