Oleh Ivy Chai
KUCHING — Caritas Malaysia menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan Gereja Katolik bagi menyokong Tabung Bantuan Banjir Negara ekoran kejadian banjir baru-baru ini yang telah menjejaskan kehidupan ribuan penduduk, terutamanya di Selangor yang mempunyai begitu ramai penduduk.
Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya
S1: Apakah tujuan tabung ini?
J: Untuk membeli makanan dan bekalan bagi mangsa banjir, menyediakan tempat pelindungan sementara, dan membantu mangsa untuk membina semula kehidupan mereka.
S2: Bagaimanakah saya menyalurkan derma?
J: Anda boleh menyalurkan derma dengan jumlah yang anda inginkan ke:
Bank: AMBANK
Nama akaun: Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur
No akaun: 8881-0008-01410
Kod SWIFT: ARBKMYKLXXX
Jika anda mahukan resit, anda boleh menghantar slip bank ke emel: accounts@archkl.org
S3: Adakah sumbangan derma saya boleh ditolak cukai?
J: Sayangnya tidak.
S4: Bagaimana jika saya menyalurkan derma selepas tarikh akhir?
J: Tarikh akhir adalah 22 Januari 2022. Anda boleh menyalurkan derma selepas tarikh akhir tersebut tetapi wang itu mungkin akan digunakan untuk inisiatif-inisiatif lain.
S5: Adakah semua ini jujur?
J: Ya, ini adalah projek yang ditandatangani Uskup Bernard Paul—dari Keuskupan Melaka Johor merangkap presiden lembaga Caritas Malaysia, Uskup Sebastian Francis—dari Keuskupan Pulau Pinang merangkap Presiden Persidangan Uskup-uskup Katolik Serantau Malaysia, Singapura dan Brunei, dan Uskup Agung Julian Leow—dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
S6: Apakah Caritas Malaysia?
J: Kami adalah sebuah organisasi yang bernaung di bawah Gereja Katolik di Malaysia.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Caritas calling for support in aid of Malaysia National Flood Relief Fund