Oleh Caroline Chadom
BETONG — Pada 1 Oktober lepas, sempena pembukaan bulan Rosari yang disambut pada Oktober setiap tahun, satu program khas telah diadakan, iaitu gabungan doa rosari dengan acara puji dan sembah.
Lebih 50 umat datang dari sekitar kawasan Betong untuk menghadiri acara pembukaan bulan rosari tersebut.
Ia dimulai dengan doa rosari dalam pelbagai bahasa, iaitu bahasa Malaysia, bahasa Melanau, bahasa Bidayuh, bahasa Inggeris dan juga bahasa Iban.
Setelah selesai doa rosari, acara puji dan sembah telah diketuai oleh Lionel Nyanau dari ‘Core Team’ atau Pasukan Teras Gereja Katolik Holy Family di sini.
Untuk mengakhiri ibadat pada malam tersebut, jamuan ringan telah disediakan untuk mengeratkan semangat persaudaraan dalam Kristus.