Blok Pentadbiran dan Bilik Kelas Sekolah St Teresa yang baharu diberkati

Majlis pemberkatan. Barisan depan (dari kanan ke kiri): Christina Tan, Fr Benard Bujang, Thomas Huo, Uskup Agung Simon Poh, Mary John, Fr Galvin Ngumbang. (Foto: STS)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Pasukan pengurusan Sekolah Menengah St Teresa, bersama pengerusi lembaga sekolah, Thomas Huo, pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan pengetua sekolah, Mary John, hadir untuk menyaksikan pemberkatan blok kelas dan pentadbiran baharu sekolah tersebut pada 25 Mac 2021. 

Uskup Agung Kuching Simon Poh, yang diiringi Fr Galvin Richard Ngumbang dan Fr Benard Jim Bujang, memimpin upacara pemberkatan pada jam 11.00 pagi. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menyiapkan fasa pertama Projek Pembinaan Semula sekolah tersebut. 

Uskup Agung Simon memberkati salah sebuah bilik.

Blok baharu itu dibina di belakang dewan sekolah lama yang terbakar pada hujung Oktober 2016. 

Pembinaan yang bermula pada Januari 2019 siap dan diserahkan kepada sekolah pada 10 Februari tahun ini. 

Blok bilik kelas empat tingkat yang baharu siap itu mengandungi bilik pengetua, bilik-bilik Penolong Kanan, galero Teresian, pejabat am, bilik kakitangan, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, perpustakaan, dua makmal, dan enam bilik kelas. 

Selepas pemberkatan, Pengetua Mary John mengucapkan terima kasih kepada Uskup Agung Simon, Fr Galvin dan Fr Benard kerana memberkati blok baharu, dan semua orang yang telah membantu dengan cara tersendiri untuk menyiapkan bangunan itu. 

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Newly completed Admin and Classroom block for St Teresa’s School gets blessed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.