Sebagai umat Katolik, kita percaya Allah turun untuk berjumpa dengan kita di setiap Misa. Pada waktu yang sukar ini, apabila keadaan tidak mengizinkan kita untuk berhimpun sebagai satu komuniti, ingatlah bahawa Dia akan datang kepada kita di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa kita mencariNya. Setiap Hari Minggu mengemukakan peluang untuk menjemputNya ke dalam rumah kita dengan mengambil bahagian dalam salah satu Misa yang distrim secara langsung atau dirakamkan. Bagi kebanyakan kita, ini adalah satu pengalaman baharu dan akan memakan masa untuk dipelajari.
Di bawah adalah beberapa petunjuk untuk membantu anda bersiap sedia dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam Misa maya.
Sebelum Misa Bermula:
Cari tempat yang senyap di rumah untuk memasang komputer anda. KIta mahu menyediakan pentas bagi doa dan renungan.
Pakai baju yang sesuai. Ini membantu untuk menunjukkan reverence dan kefahaman mengenai kepentingan waktu Misa.
Tepati masa. Menyertai strim langsung awal akan membolehkan anda untuk berdoa dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk Misa.
Sewaktu Misa:
Ambil bahagian dalam Misa. Beri respons sewajarnya dan ikuti bacaan.
Jangan Bawa Makanan dan Minuman. Sama seperti kita tidak makan atau minum dalam gereja, perkara itu juga sama bagi Misa maya.
Padam telefon bimbit atau alat lain. Gangguan adalah tidak kondusif bagi doa.
Jangan bercakap dengan orang lain di dalam rumah anda sewaktu Misa. Jadikan ini waktu untuk mengadakan kunjungan dengan Allah, dan kunjungilah satu sama lain kemudian.
Selepas Misa:
Berdoa selepas Misa. Jika anda rasa terpanggil, panjatkan doa kesyukuran selepas Misa selesai.
Buat Pemberian Hari Minggu anda dalam talian atau menerusi mel. Pada waktu seperti ini, Pemberian Hari Minggu anda yang kerap amat penting sekali untuk paroki anda meneruskan program dan pelayanan yang sama apabila keadaan kembali normal nanti.
Pergilah dengan damai untuk mengasihi dan melayani Tuhan!
The Valley Catholic (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Preparing to participate in a Live Stream Mass at home