Oleh Pasukan Komunikasi Sosial, Sibu
SIBU — Pada hari yang diberkati ini untuk memperingati Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka pada 22 Julai 2023, generasi masa depan Belia Gereja Sarawak telah bersatu dalam doa.
Tahniah kepada Prayer United Sarawak Central Zone (PUSCZ) bagi inisiatif ini untuk menyatukan semua dalam doa bagi masa depan yang lebih baik buat Sarawak.
Walaupun dari pelbagai denominasi gereja dan gereja bebas, mereka berjalan di bawah satu panji dari empat sudut Lembah Rejang di bahagian tengah Sarawak, yang diwakili empat gereja utama—Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Katedral Sacred Heart, BEM Faith dan 611 Living Water.
Perjalanan mereka bermula pada jam 7.00 malam, selepas semua berhimpun di Gereja Methodist Hoover. Acara bermula dengan Lagu Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku.
Sepanjang malam, doa, pujian dan sembah selain tarian kenabian telah diadakan. Kemuncak acara itu adalah penyalaan sebatang lilin besar oleh semua wakil/pastor/paderi dari gereja-gereja untuk melambangkan mereka satu dalam roh dan doa bagi Sarawak.
Semoga Cahaya Perpaduan, Keharmonian dan Keamanan ini menyinar di seluruh bumi Malaysia yang diberkati.
Tema acara itu adalah ‘Panji, dikasihi dan dimiliki’ yang diambil daripada Mazmur 60 sempena Jubli Intan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Lebih 500 peserta dari pelbagai gereja menghadiri perhimpunan tersebut.
Di acara itu, penganjur mengutip RM3,600 yang telah diagihkan kepada antara lain badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sibu Community Services Association, Destiny for Children Association, dan Yayasan Buah Pinggang Sibu.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: United in Prayer for A Better Tomorrow in Sarawak