Oleh Catherine Gabriel L
KOTA PADAWAN (13 Mac) — Sekurang-kurangnya 100 muda-mudi bersama ahli keluarga mereka telah menyertai program rekoleksi Pra-Paska atau Lent yang berlangsung di Gereja St Ann Kota Padawan dan dikendalikan oleh Pelayanan Belia Paroki atau Parish Youth Ministry (PYM).
Beberapa perkongsian penting mengenai musim Pra-Paska telah disampaikan oleh Sr Catherine Uming dan Friar Don Don Ramerez.
Antara perkongsian tersebut adalah tentang tiga amalan utama pada musim Pra-Paska, iaitu berdoa, bersedekah dan berpuasa (prayer, almsgiving and fasting).
Penekanan juga diberikan kepada pesanan Paus Francis tentang penggunaan telefon bimbit yang harus dikurangkan.
Sebaliknya beliau menyeru kepada kita untuk lebih berbuat baik secara langsung kepada saudara-saudari terkasih.
Itu adalah antara isi-isi penting yang dikongsikan pada rekoleksi tersebut.