Belia Paroki Sri Aman ‘AWAKE’ 12 Jam Bersama Yesus

DAMAI BERSAMA TUHAN … Jemaat yang hadir turut mengiringi nyanyian bersama belia. (Foto: Fabian Dickson)

Oleh Fabian Dickson

SRI AMAN — Pelayanan Belia Paroki Our Lady Queen of Peace di Sri Aman telah menganjurkan program ‘AWAKE 12 Jam Bersama Yesus’.

SEMBAH TUHAN DALAM ROH DAN KEBENARAN … Peserta menyanyikan lagu-lagu penyembahan yang diketuai belia dari Pelayanan Belia Katolik Zon Saratok. (Foto: Fabian Dickson)

Ia dijalankan pada Minggu Kudus, iaitu pada Khamis Putih hingga Jumaat Agung, dari jam 7:00 petang Khamis hingga 7:00 pagi (Jumaat), dan turut dihadiri jemaat gereja.

Tema program AWAKE pada kali ini adalah ‘The Prodigal Son: The Perspective From The Father, The Son And The Elder Brother’ (Anak Sesat: Perspektif Bapa, Anak dan Abang).

PUNCAK KEROHANIAN … Misa Kudus dirayakan oleh Fr Joseph Chai. (Foto: Fabian Dickson)

Ia dimulai dengan Misa Kudus Khamis Putih yang diraya oleh Fr Joseph Chai, manakala Diakon Henry telah diamanahkan untuk memberi input berkaitan dengan tema program.

Dalam program ini, pelbagai aktiviti berdoa telah dijalankan oleh pelayanan yang berbeza, seperti Kerahiman Ilahi oleh Ladies Guild atau Kesatuan Wanita, Rosari oleh Legio Maria, Jalan Salib oleh Kesatuan Guru-Guru Agama, dan Taizé serta Lagu Penyembahan oleh Pelayanan Belia Paroki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.