Oleh Danny Jerry
SERIAN — Pada 26 Disember 2023, ministri belia dan pelayan altar Paroki St Theresa di sini telah mengadakan majlis apresiasi sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli belia dan pelayan altar yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti dan program yang dianjurkan sepanjang tahun 2023.
Majlis tersebut turut dihadiri beberapa orang seminarian.
Mereka mengambil peluang itu untuk memberi perkongsian tentang panggilan terutamanya panggilan kepaderian dan kehidupan religius.
Dalam ucapannya, Paderi Penasihat Belia Paroki, Fr Robert Jissem menyuarakan harapan agar belia paroki meneruskan pelayanan mereka dengan penuh semangat dalam apa juga aktiviti mahupun program yang bakal diadakan pada tahun hadapan terutamanya yang telah dirancang sebelum ini.
Selain itu, beliau juga berharap agar lebih ramai lagi belia turut serta melibatkan diri dalam pelayanan di gereja.