Bagi mereka yang ada telinga, dengarlah!

Oleh Ivy Chai

KUCHING‘Faith Comes by Hearing Asia’ telah melancarkan sebuah projek ekumeni bagi tempoh Lent selama 40 hari sehingga Hari Minggu Paska.

Ini adalah satu jemputan untuk menjadi sebahagian daripada ONE Campaign 2021 pada peringkat global di mana ratusan gereja dan organisasi di seluruh dunia—daripada setiap mazhab, kumpulan bahasa dan lapisan hidup—datang, mendengar dan sama-sama mengharungi keempat-empat Injil (Matius, Markus, Lukas dan Yohanes) sebagai SATU.

Dalam komitmen beliau untuk mempromosikan Firman Allah, Uskup Agung Katolik Simon Poh menjemput semua orang Kristian ke acara ‘ONE Nation 2021 Listening & Watching Challenge’, yang bermula pada 17 Februari hingga 4 April menerusi Aplikasi Bible.is.

Menurutnya, “Al-Kitab adalah Yesus yang bercakap kepada kita. Biarlah Firman Allah mengiringi kita.”

Marilah kita berhimpun sebagai Satu Firman, Satu Allah dan Satu Dunia; membaca, mendengar, dan melihat Sabda Allah—bersama-sama dalam Satu Roh! 

Daftarlah di sini: 

http://bit.ly/359Hxt8

Muat turun Aplikasi Bible.is

https://www.faithcomesbyhearing.com/audio-bible-resources/bible-is

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: To those who have ears, let them hear!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.