Apostolate Iban menegapkan kepercayaan

TEGAP… Peserta seminar sama-sama merakamkan kenangan.

Oleh Josephine Nicholas Dua

KUCHING — Seramai 84 orang peserta dari beberapa paroki di sini telah menyertai Seminar ‘Negapka Pengarap’ dalam Bahasa Iban yang diadakan julung kalinya oleh Apostolate Iban, Keuskupan Agung Kuching. 

Seminar sehari tersebut berlangsung di Bilik St John dan St Lucy, Tingkat Dua, Bangunan ACCPC pada 11 November 2023. 

Seminar itu diadakan bertujuan mengukuhkan keimanan diri setiap peserta, terutamanya ahli Apostolate Iban, agar lebih berkeyakinan menjalankan tanggungjawab pastoral dan membela umat di Bandaraya Kuching.

Sesi seminar telah disempurnakan oleh empat orang penceramah yang terdiri daripada Fr Galvin Ngumbang, Dato’ Christopher Adrian, Freddy Bohari dan Katekis Catherine Entian yang diundang khusus untuk menyampaikan empat ceramah yang telah diperuntukkan dalam aturcara. 

Aktiviti nyanyian rohani juga dijalankan sebagai selingan setiap sesi.

Pada penghujung sesi seminar, sesi soal jawab dan maklum balas daripada para peserta juga telah diadakan. 

Ramai peserta yang hadir menyatakan keinginan agar seminar seperti itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang. 

Ada juga peserta yang meminta supaya beberapa topik seperti Hubungan Kekeluargaan Kristian Katolik, Penempatan dan Kebudayaan Umat Iban di Bandaraya serta Adat dan Percanggahan Tradisi Umat Katolik dititikberatkan pada penganjuran seterusnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.