Apabila Tuhan mengundang kita untuk melangkah keluar daripada zon selesa

Aleksey Matrenin | Silvlandia | Khaled Louis Fazely | Kolaj gambar oleh Aleteia

Oleh Daniel Esparza

Menemukan benda-benda baharu tidak memerlukan perubahan sepenuhnya. Ia adalah lebih tentang anjakan dalam pola pemikiran, kesediaan untuk menerima benda baharu di dalam perkara yang lazim.

Kehidupan, seperti buku yang kerap dibaca, boleh rasa lazim dan menyenangkan. Kita selesa dengan rutin, membina kerjaya, dan mendirikan keluarga. Namun, ada masanya lembarannya seakan-akan kehilangan kilauan, dan kerinduan bagi sesuatu yang lebih timbul di dalam benak kita. Al-Kitab menawarkan perspektif yang indah tentang cara untuk menangani saat-saat perubahan ini.

Dalam Kitab Wahyu (21:5), kita menemukan satu janji pembaharuan yang radikal: “Dia yang duduk di atas takhta berkata, ‘Lihatlah, Aku menjadikan segala sesuatu baharu’.” Tuhan, dalam kebijaksanaan-Nya yang abadi, tidak menjanjikan kewujudan yang membosankan. Di menawarkan kepada kita kuasa pembaharuan yang membawa perubahan, peluang untuk menulis semula lembaran baharu dan menemukan kedalaman baharu di dalam iman kita dan diri kita.

Ini bukan bermaksud kita harus mengabaikan komitmen dan kestabilan. Lagipun, semua kita berkembang dengan rutin atau kelaziman yang boleh diharapkan—termasuk kerap berdoa, sakramen-sakramen dan pelayanan. Ini adalah tiang-tiang yang membina kehidupan Katolik yang memuaskan. Bagaimanapun, kestabilan tidak semestinya sama dengani tidak berkembang. Kuncinya adalah untuk memupuk roh yang terbuka, kesediaan untuk melihat dunia dengan mata baharu. Fikirkan Maria, seorang wanita muda yang dipilih bagi satu tugasan luar biasa. Fiat (ya) beliau kepada Tuhan (Lukas 1:38) membuka pintu kepada lembaran yang baharu sama sekali—saat yang begitu penting dalam sejarah manusia.

Silvlandia | Khaled Louis Fazely | Shutterstock | Kolaj gambar oleh Aleteia

Didorong ke arah yang baharu

Walaupun ia mengganggu zon selesa kita, menerima perubahan boleh membimbing kita ke laluan-laluan yang tidak pernah kita bayangkan. Mungkin ia adalah satu dorongan ke arah mempelajari kemahiran baharu, dengan secara sukarela memperjuangkan sesuatu yang mencetuskan minat anda yang mendalam, atau hanya meluangkan masa untuk mengejar minat kreatif yang terabai. Tatkala kita meneroka alam baharu ini, kita mungkin menemukan bakat terpendam, membentuk hubungan bermakna, atau memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang iman kita.

Fikirkan para murid selepas kenaikan Yesus ke syurga. Mereka amat sedih sekali kerana ketiadaan Yesus, dan menghadapi masa depan yang tidak menentu. Namun pengurapan Roh Kudus (Kisah Para Rasul 2) menyalakan api di dalam kita, yang mendorong mereka untuk menyebar Injil dengan matlamat yang diperbaharui. Perubahan, yang dibimbing oleh iman, boleh menjadi pemangkin bagi pertumbuhan yang menakjubkan.

Dunia di sekeliling kita sentiasa berubah, dan demikian juga dengan perspektif kita. Dengan melangkah ke luar zon selesa kita, walaupun sedikit sahaja, kita dapat menemukan keindahan benda baharu—dan melihat bagaimana Tuhan bekerja dalam cara-cara yang tidak diduga. Pertemuan secara kebetulan dengan orang asing boleh berubah menjadi persahabatan sepanjang hayat, atau satu tugasan yang seakan-akan tidak menarik boleh mencetuskan idea yang amat bernas.

Aleksey Matrenin | Khaled Louis Fazely | Kolaj gambar oleh Aleteia

Ingat, menemukan benda-benda baharu tidak memerlukan perubahan sepenuhnya. Ia adalah lebih tentang anjakan dalam pola pemikiran, kesediaan untuk menerima perkara baharu di dalam kelaziman.

Apabila kita menerima kemungkinan ini, kita membuka jalan bagi kuasa transformatif Tuhan untuk bekerja di dalam kehidupan kita, dan menunaikan janji Wahyu: kehidupan yang sentiasa diperbaharui. 

Aleteia (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: When God invites us to step outside our comfort zones

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.