Oleh Philip Kosloski
Dalam Kredo Para Rasul bahasa Inggeris, kita membuat pengakuan bahawa Yesus “descended into hell” (turun ke dalam neraka). Kenapakah Yesus pergi ke neraka? Bukankah jiwa-jiwa dalam neraka terpisah daripada Tuhan buat selama-lamanya?
Bahasa Inggeris kadang-kadang mengelirukan, terutamanya satu ayat khusus yang disebut oleh umat Kristian dalam Kredo Para Rasul.
Ayat itu mendakwa Yesus “descended into hell” (turun ke dalam neraka).
Kata-kata ini seakan-akan memberi maksud bahawa Yesus turun ke tempat hukuman abadi yang berapi dan disediakan khusus bagi jiwa-jiwa paling jahat yang telah menolak Tuhan.
Bagaimanakah itu boleh berlaku? Bukankah semua jiwa di neraka terpisah daripada Tuhan buat selama-lamanya? Adakah Yesus benar-benar telah pergi ke neraka?
Katekisme Gereja Katolik memperbetulkan tanggapan itu dengan memberikan penerangan tentang “tempat” rohani yang dituju Yesus selepas Dia wafat:
“Seperti semua manusia, Yesus mengalami kematian dan, dalam jiwa-Nya, menyertai manusia lain dalam alam orang mati. Namun Dia turun ke sana sebagai Penyelamat yang mewartakan Berita Baik kepada roh-roh yang terpenjara di sana. Al-Kitab memanggil tempat tinggal orang mati, ke mana Yesus yang mati turun, sebagai ‘neraka’—‘Sheol’ dalam bahasa Ibrani atau ‘Hades’ dalam bahasa Yunani (Greek)—kerana mereka di sana tidak dapat melihat Tuhan. Demikianlah keadaannya bagi semua orang mati, sama ada jahat ataupun benar, sementara mereka menunggu Penebus: yang bukan bermaksud keadaan mereka adalah mirip sama sekali, seperti yang Yesus tunjukkan menerusi perumpamaan lelaki miskin, Lazarus, yang diterima ke dalam ‘pangkuan Abraham’.” (CCC 632-633).
‘Neraka’ dalam bahasa Inggeris telah dikenali umum dalam budaya popular sebagai tempat di mana syaitan tinggal dan di mana ia menyeksa jiwa-jiwa jahat buat selama-lamanya.
Definisi ‘neraka’ ini bukan yang kita akui dalam Kredo Para Rasul. Sebaliknya kita merujuk kepada “tempat tinggal orang mati (abode of the dead) seperti yang dijelaskan oleh Katekisme.
Ia adalah tempat di mana semua orang yang mati sebelum kematian Kristus menunggu hingga kedatangan Penebus untuk mewartakan Injil. Yesus tidak pergi ke sana untuk menyelamatkan mereka yang sudah menolak-Nya dengan kehidupan yang berdosa, tetapi untuk membawa jiwa-jiwa orang benar yang adil ke syurga, seperti yang dijelaskan oleh ‘Katekisme’:
“Ia sesungguhnya adalah jiwa-jiwa kudus ini, yang menunggu Penyelamat mereka dalam pangkuan Abraham, yang telah dibebaskan oleh Tuhan Yesus apabila Dia turun ke dalam negara.”
Yesus tidak turun ke dalam neraka untuk membebaskan orang yang sudah dilaknati, atau untuk memusnahkan neraka laknat, tetapi membebaskan orang benar dan adil yang meninggal dunia sebelum-Nya (CCC 633).
‘Neraka’ dalam bahasa Inggeris
Sementara budaya popular mungkin sudah mengubah neraka kepada tempat yang sangat menghiburkan, dalam sejarah, ia tidak selalunya merujuk kepada lokasi rohani jenis itu.
Buku Catholic Encyclopedia memberikan asal usul di sebalik perkataan itu.
Istilah ‘neraka’ adalah serumpun dengan perkataan ‘lubang’ (hole) atau ‘gua besar’ (cavern) dan ‘lopong’ (hollow). Ia adalah perkataan substantif yang dibentuk daripada perkataan Anglo-Saxon ‘helan’ atau ‘behelian’, yang bermaksud ‘untuk bersembunyi’. Kata kerja ini mempunyai maksud primitif yang sama dengan perkataan Latin, ‘occulere’ dan ‘celare’, selain perkataan Yunani, ‘kalyptein’. Maka itu, menurut asal kata, neraka bererti sebuah tempat yang gelap dan tersembunyi.
Neraka tidak selalunya bermaksud sebuah tempat bagi kelaknatan abadi. Pada mulanya, ia digunakan untuk merujuk kepada tempat orang mati ini.
Lama-kelamaan, penggunaan perkataan ini hampir secara eksklusif dikaitkan dengan “api neraka”.
Aleteia (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Did Jesus actually go to hell to save souls?