Acara sembahyang khas sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-217

Fr Chai berdoa untuk anggota polis yang menghadiri acara sembahyang berkenaan.

SRI AMAN — Pada 20 April lalu, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang menjadi anggota Persatuan Penganut Agama Kristian (PPAK) telah mengadakan satu upacara sembahyang khas di Gereja Katolik St Michael, Kaong Ulu, Lubok Antu sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217.

Dalam ucapan DSP Victor Ripon selaku Ketua Polis Daerah Lubok Antu, beliau berkata aktiviti keagamaan ini merupakan salah satu acara tahunan bagi menyemarakkan lagi sambutan peringatan Hari Polis yang diraikan pada 25 Mac setiap tahun. 

Selain itu, upacara ini memberi ruang dan peluang kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat agar semangat ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ terus kekal dan utuh selamanya.

Upacara sembahyang ini telah dipimpin oleh Fr Joseph Chai bersama umat Katolik dari Lubok Antu, khasnya dari Kampung Kaong Ulu. 

Pengerusi Gereja St Michael, Kaong Ulu, Boniface Chendan, dan juga wakil umat, Charles Kiding, mengucapkan terima kasih kepada warga Polis atas kesatuan yang begitu murni kerana ini adalah acara yang selari dengan slogan IPD. 

Selepas Misa Kudus Kesyukuran, umat dan warga polis sama-sama menjamu selera pada majlis makan malam di pekarangan gereja. 

Fr Joseph Chai, yang mewakili Gereja Our Lady Queen of Peace, Simanggang, menerima cenderahati daripada DSP Victor. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.