Uskup-uskup Malaysia derma hampir RM300,000 kepada Lubnan

KUALA LUMPUR  Persidangan Uskup-uskup Katolik Malaysia menderma sebanyak RM275,078.91 untuk membantu dalam usaha pemulihan ekoran letupan besar-besaran yang berlaku di ibu negara Beirut pada 4 Ogos lalu.

Derma itu disalurkan menerusi Yayasan Antarabangsa Gembala Baik.

Dua ratus orang maut manakala 6,000 lagi cedera dalam letupan tersebut. Letupan itu juga menyebabkan kerosakan yang meluas kepada kota tersebut dan meranapkan bangunan berhampiran pelabuhan dan menyebabkan kira-kira 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pada 4 September lepas, Paus Francis mengutuskan Setiausaha Negara Vatikan, Kardinal Pietro Parolin, ke Lubnan untuk menyuarakan “solidariti dan keakraban rohani” beliau dengan rakyat Lubnan.

Paus Francis juga mengumumkan hari doa dan puasa sejagat pada 4 September lalu untuk Lubnan, dan menjemput penganut semua agama untuk turut serta.

Selain letupan berdarah yang berlaku pada 4 Ogos lalu di Beirut, negara itu juga mengalami krisis ekonomi dan politik terburuk dalam sejarahnya.

“Sebulan selepas tragedi yang berlaku kepada kota Beirut, fikiran saya beralih sekali lagi kepada Lubnan dan rakyatnya, yang dicubai dengan begitu teruk sekali,” kata Paus di Perhimpunan Umum mingguan beliau.

Beliau menggalakkan semua untuk menunjukkan keakraban mereka menerusi kerja amal yang konkrit.

Paus turut menjemput Gereja Kristian dan tradisi keagamaan lain untuk menyertai inisiatif ini dengan cara yang mereka anggap paling wajar.

Marilah kita terus berdoa bagi semua orang yang terjejas dan bagi semua yang secara aktif menyumbang atau menyokong kerja bantuan untuk membantu mereka yang mengalami kesusahan.

Herald Malaysia Online (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Malaysian Bishops give almost RM300k for Lebanon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.